Header Ads

Sijil Matrikulasi Dihantar Terus Kepada Bekas Pelajar Mulai Sesi 2016/2017


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Sijil Matrikulasi Dihantar Terus Kepada Bekas Pelajar Mulai Sesi 2016/2017
Sijil Matrikulasi Dihantar Terus Kepada Bekas Pelajar Mulai Sesi 2016/2017. Ini adalah penjelasan daripada apa yang saya baca dari website dan blog-blog informasi berkenaan status sijil matrikulasi bekas pelajar. Pada mulanya saya tercari-cari di website KPM berkaitan isu berkenaan, tetapi tiada arah tujuan. Tiada arahan di mana nak dapatkan sijil matrikulasi anak saya. Coretan di bawah adalah bagi kes mereka yang masih belum dapat sijil matriks mereka atas beberapa sebab tertentu.

Akhirnya saya tuju website Kolej Matrikulasi Johor dan search pengurusan tertinggi mereka. Cari Ketua Hal Ehwal Pelajar. Ada email yang tertera. Saya kemukakan pertanyaan tentang Sijil Matrikulasi anak saya melalui email.

Gambar Sijil Matrikulasi Dihantar Terus Kepada Bekas Pelajar Mulai Sesi 2016/2017

Sijil Matrikulasi Dihantar Terus Kepada Bekas Pelajar Mulai Sesi 2016/2017
Sampul surat yang
Dikembalikan ke KMJ

Petikan dari FB KMJ Perlis, berikut adalah 3 jenis dokumen akhir pengajian pelajar program matrikulasi.

1. Slip Keputusan Peperiksaan Semester
2. Sijil Matrikulasi KPM
3. Transkrip Akademik.

Slip Keputusan Peperiksaan Semester hanya boleh didapati di kolej melalui Unit Peperiksaan. Pelajar akan menerima slip ini sekiranya masih menjadi pelajar program matrikulasi. Slip ini akan dikeluarkan pada setiap semester.

Sijil Matrikulasi KPM akan dialamatkan terus kepada pelajar mulai sesi 2016/2017 tanpa perlu membuat permohonan.

Transkrip Akademik dikeluarkan kepada pelajar yang telah tamat program matrikulasi. Transkrip ini jugak akan dialamatkan terus kepada pelajar setelah proses percetakkan selesai. Untuk ini, segala alamat surat menyurat perlu tepat dan benar bagi memastikan dokumen berdaftar ini sampai ke tangan penerima yang sah.

Sijil Matrikulasi Dihantar Terus Kepada Bekas Pelajar Mulai Sesi 2016/2017


Sehubungan dengan email saya ke bahagian HEP KMJ, apa yang saya sertakan dalam maklumat email tersebut?

Anda boleh sertakan nombor matriks anak @ pelajar yang dimaksudkan, nama penuh serta nombor kad pengenalan. Dan, saya scan sekali kad matriks anak saya. Memudahkan urusan..

Selang tiga hari, saya mendapat jawapan dari seseorang dari bahagian HEP KMJ berkaitan dengan email saya.

Rupa-rupanya sijil berkenaan ada dalam simpanan KMJ kerana penyerahan melalui poslaju telah dikembalikan kerana tidak dituntut oleh penerima iaitu kami sekeluarga. Untuk info, anak saya habis matrikulasi sesi 2018/2019 pada sekitar Mei 2019. Dan sijil matriks telah dihantar kepada bekas pelajar sekitar bulan Ogos 2019.

Pada waktu itu, anak saya kerap tiada di rumah kerana sibuk menguruskan hal berkaitan pembelajaran ijazah perubatannya ke luar negara.

Tetapi, terima kasih lah kepada pihak poslaju yang telah mengembalikan sijil berkenaan kepada KMJ. At least, sijil tersebut tidak hilang.

Alhamdulillah.. pada hari ini anak saya telah mengambil sendiri sijil berkenaan di KMJ, Tangkak. Sebenarnya sijil matriks berkenaan penting untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di dalam atau luar negara, jika anda tidak mengambil diploma.

Ada juga urusan lain yang boleh digunakan dengan sijil matriks tersebut seperti memohon pekerjaan di sektor awam yang memerlukan diploma, membantu membayar yuran menggunakan pengeluaran KWSP oleh ibubapa atau penjaga dan sebagainya.

So, bagi anda yang belum menerima sijil matriks, bolehlah mengambil sijil matriks di kolej matrikulasi masing-masing, dengan membuat temujanji untuk mengambilnya.

Semoga bermanfaat.

4 comments:

  1. Bagus jugak ada system pos terus ke rumah. memudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betul tu, sebab kebanyakan student tak sempat nak pegi amik sijil matriks kat kolej masing2..

      Delete
  2. Harap abg2 posmen x lipat lah..kalau dak habis sijil renyuk..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.