Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Perjalanan Mencari Pengalaman Di Bumi Mersing

Perjalanan Mencari Pengalaman Di Bumi Mersing. Mersing.. pernah menjejakkan kaki ke sini tetapi itu cerita bertahun dahulu, sebelum berkahwin dan beranak pinak. Masa tu trip bersama rakan-rakan ke Air Papan dan Pulau Tioman. Setelah bertahun tak datang, kini kami datang lagi. Saya datang bersama family kecil kami kerana anak saya yang kecil bongsu dapat berpindah ke MRSM Mersing daripada MRSM Merbok, Kedah. Terima kasih MARA kerana mendengar dan meluluskan permohonan perpindahan anak kami ini. Jika tidak, selama 4 tahun kami kena berulang alik ke bumi Sg Petani Kedah. Perjalanan yang memakan beribu langkah.. 😁😁😁

Kini, kami berada di bumi Mersing. Sudah pastinya kami akan mengenang perjalanan ini dengan menikmati makanan di sini. Mencari restoran mana yang sedap, warung mana yang boleh kami melepak lain kali dan macam-macam lagi.


Perjalanan Mencari Pengalaman Di Bumi Mersing


Sesampainya kami di bumi Mersing, kami mencari tempat tidur dan merehatkan badan dulu. Ada banyak hotel yang ditutup pada ketika ini akibat pandemik Covid-19 di seluruh dunia. Industri perhotelan antara yang paling terjejas teruk. Kami memilih Hotel Sri Malaysia yang terletak berdekatan dengan Hospital Mersing.

Okay jugak, hotel tidak berapa sesak berdasarkan parking banyak yang kosong. Setelah meletakkan barangan, kami mula mencari tempat nak makan. Akhirnya kami menemui port makan berdekatan jeti. Bila duduk di satu restoran menghadap sungai, mata kami disajikan dengan pemandangan tulisan Mersing di atas bukit. Seperti gambar di bawah.

Perjalanan Mencari Pengalaman Di Bumi Mersing

Pemandangan daripada restoran yang kami duduki. Agak ramai orang dan ada banyak juga bot yang berlabuh. Mungkin menunggu pelanggan yang mahu menggunakan khidmat mereka.

Perjalanan Mencari Pengalaman Di Bumi Mersing

Hilangkan haus/ dahaga dengan air jus epal dan nescafe ais. Oleh kerana kepanasan, cepat je air dah habis. Haha..

Perjalanan Mencari Pengalaman Di Bumi Mersing


Kami sekeluarga 4 orang memesan nasi ayam sambal. Nampak gambar macam enak kan? Memang enak ya kekawan.. memang recommended! Tapi saya lupa apa nama restoran tu.. hehe, tibai je la labi, yang penting kenyang. Sedap.. sup daging dia pun sedap. Hehe..

Kemudian kami kembali ke bilik hotel merehatkan diri dan buat urusan peribadi sendiri. Hari yang pack pastinya menanti keesokan hari kerana seawal 8.30 pagi si bujang kecil akan mendaftar di MRSM barunya iaitu MRSM Mersing. Semoga dia semakin berjaya, cemerlang, soleh, bahagia dunia dan akhirat.

Dan.. pastinya dalam tempoh 4 tahun mendatang, kami akan sibuk berulang alik ke bumi Mersing ini dan mengumpul pengalaman hidup yang tak ternilai dibandingkan dengan wang ringgit.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close