Kalau dah bosan makan jemput-jemput waktu sarapan, kali ni tukar sikit makanan ala kentang, bukan kentang goreng tetapi kentang yang diparut halus. Makan kentang pun bagus tau, cepat kenyang dan boleh bertahan lama dari rasa lapar. So, marilah sama-sama belajar buat Hash Brown versi melayu..



Cara Buat Hash Brown Yang Rangup Dan Sedap
Jom lah kita buat hash brown sendiri, goreng sendiri dan makan masuk mulut sendiri. Hehe.. resepinya saya share dari sini.
Bahan-bahan:
1 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam (gunakan lada hitam biji dan dikisar, rasanya akan lebih enak)
Garam secukup rasa
Butter untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN DIPARUT
3 biji kentang – dikopek kulit
Cara cara buat Hash Brown yang sedap
1. Rebus kentang yang telah dikopek separuh masak. Kemudian, parut ubi kentang menggunakan pemarut cheese dan sagat dengan halus.

2. Campurkan kentang tersebut bersama telur, tepung gandum, sedikit garam serta lada hitam secukupnya. Gaulkan sebati.
3. Boleh bentukkan mengikut kesukaan masing-masing.
4. Masukkan kedalam loyang dan tekankan hingga padat dan ditekap dengan menggunakan acuan bulat (acuan telur benjo).
5. Angkat dan masakkan ke atas kuali/flat pan (non-stick lebih baik) dengan sedikit butter dan api yang kecil.
6. Biarkan masak kedua belah sehingga keperang-perangan dan diterbalikkan.
7. Bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama sos kegeramaran.

Semoga perkongsian resepi Hash Brown di atas dapat mengubati anda dari makan di McD. Iya lah, buat sendiri lebih murah dan boleh makan banyak kali. Rasa nak buat lebih, simpan dalam freeze dan forzenn kan. Nak makan baru goreng. Sebab, makan sekeping dua pun mudah kenyang, yang lebih tu simpan untuk lain kali.
Semoga bermanfaat.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.