
Roti canai tak boleh makan selalu sebab mengandungi kalori yang tinggi. Tapi untuk makan sebulan sekali boleh je, nanti lepas makan lari lah keliling taman perumahan kita. Hilang la kalori terkumpul tu. Ini edisi rajin, kalau tak rajin kita simpan je kalori tu buat tambah berat.. huhu, (jangan tiru perangai malas saya ni tau!)
Sarapan Roti Canai Di Hujung Minggu
Sarapan wajib ambil sebenarnya, tak kira anda kerja berat atau ringan. Kalau kerja berat, kena ambil makanan atau sarapan yang mengandungi karbohidrat, protein yang mencukupi. Kalau setakat kerja dalam pejabat tak kena panas terik, cukup sekadarnya sahaja. Jangan la melantak pulak.. hehe

Kalau korang tengok sarapan saya tu, jangan terpedaya ya. Bukan untuk saya seorang. Ia untuk kami berempat dan kalau tahan sampai petang.. kita panaskan balik roti canai tu.. jimat 😓😓

Antara kuih muih lain yang dibeli oleh anak bujang saya adalah kuih seri muka, kaswi dan donat. Kuih tradisi semuanya. Senua kuih muih di jual pada harga RM1.00 bersamaan 3 ketul kuih. Murah dan besar saiz kuihnya. Peniaga ni tak kedekut. Moga dilimpahi rezeki seperti air yang mengalir. Insya Allah..
Makanlah sekadar kenyang, nanti kalau lapar boleh makan balik. Tak gitu kekawan??
Sekarang ni kan musim hujan, perut mudah kelaparan. Bila ada stok makanan kat rumah, kita pun senyum je. Dari sarapan boleh simpan ke bekalan minum petang.
0 Ulasan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.