Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Banci 2020 Fasa Pertama E-Census Dilanjutkan Sehingga 21 Disember 2020

Banci 2020 Fasa Pertama E-Census Dilanjutkan Sehingga 21 Disember 2020. Berikutan peningkatan penularan wabak COVID-19 sejak kebelakangan ini, Banci 2020 telah dijadualkan semula. Ia bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara ini melakukan pendaftaran secara online dan seterusnya memyelesaikan banci dalam waktu yang diperlukan. Bancian secara rumah ke rumah telah ditangguhkan dan khidmat pembanci telah ditamatkan pada 7 Oktober 2020. Jadi, jika ada orang datang rumah anda dan mengakui dari pihak banci kerajaan, usah percaya. Ini bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Mengapa kerajaan mengadakan banci Malaysia ini? Antaranya bagi mendapatkan data dan statistik tepat berkaitan penduduk negara dalam segenap aspek seperti ekonomi, sosial, pendidikan, dan banyak lagi. Jadi, berikan kerjasama dengan memberikan maklumat yang betul agar masa depan negara kita dapat dipertingkatkan dalam segala sudut.

Banci 2020 Fasa Pertama E-Census Dilanjutkan Sehingga 21 Disember 2020

Banci 2020 Fasa Pertama E-Census Dilanjutkan Sehingga 21 Disember 2020



Banci 2020 Fasa Pertama secara dalam talian (e-Census) telah dilanjutkan bermula daripada 7 Oktober hingga 21 Disember 2020 perincian seperti berikut:

i) Pra-pendaftaran bagi pengisian e-Census akan dibuka semula bermula 7 Oktober hingga 30 November 2020 dan tarikh akhir pengisian e-Census adalah sehingga 21 Disember 2020 dan 

ii) Poskad ID e-Census akan dihantar ke kawasan yang disasarkan dan tarikh akhir pengisian e-Census adalah pada 21 Disember 2020. 

Bagi yang belum membuat pengisian lengkap, mohon dilengkapkan pengisian e-Census dengan kadar segera ya. Jangan tunggu di saat akhir pula.. 

Jangan lupa tanggungjawab kita demi masa depan bersama! JOM SAMA-SAMA KITA JAYAKAN BANCI MALAYSIA 🇲🇾 AYUH SELESAIKAN @ SERTAI SEKARANG❗❗❗

Teruskan usaha mengekang penularan COVID-19, dengan mengisi e-census 👇https://ecensus.mycensus.gov.my/landing 

MAKLUMAN TAMBAHAN:

7.7.2020 - 21.12.2020, 
BANCI MALAYSIA FASA PERTAMA secara dalam Talian (e-Census) - 76 hari lagi berakhir. Banci 2020 Fasa Kedua (secara bersemuka) yang dirancang pada 7 hingga 24 Oktober 2020 telah dijadualkan semula ke 20 Januari 2021 hingga 6 Februari 2021. 

Sekiranya ada isu berkaitan BANCI 2020🤔, anda bolehlah merujuk FAQ yang telah disediakan menerusi pautan ini: https://www.facebook.com/notes/mycensus2020/soalan-lazim-faq-berkaitan-banci-penduduk-dan-perumahan-fasa-1-secara-atas-talian/1849144308558542/ 

ATAU 

boleh menggunakan medium berikut 👇 

☎️ Talian hotline Banci : 1-800-88-7720 
📧 Emel bantuan teknikal : helpdesk.banci@dosm.gov.my 
📲 WhatsApp : 013 772 2020 
📋 Telegram Informasi Banci https://t.me/BANCI2020 

🇲🇾Data Anda Masa Depan Kita🇲🇾 

Berikan kerjasama anda terhadap Banci Malaysia agar kerajaan mendapat gambaran dan maklumat tepat mengenai isi rumah dan jumlah penduduk Malaysia menjelang tahun hadapan.

Untuk info lanjut tentang Banci 2020, jom layari www.mycensus.gov.my 

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close