Header Ads

Chicken Strips Cara Orang Bujang Masak


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Chicken Strips Cara Orang Bujang Masak
Chicken Strips Cara Orang Bujang Masak. Rangup diluar dan juicy di dalam. Memang tak bosan mengunyah jejari ayam rangup yang dimasak oleh orang bujang di rumah, siapa lagi kalau bukan bujang hero yang sorang tu. Chicken strips ni sedap dan juicy sebab ia menggunakan isi ayam bahagian dada. Tak ada tulang langsung. Kalau ada tulang-tulang ayam, dah tak sedap jadinya. Tak menjadi la chicken strips kita..

Meh lah layan gambar chicken strip orang bujang yang masak. Tapi tu lah, tiap kali lepas masak.. saya yang meraung tengok dapur. Bila ditegur, dia kata nanti dah rehat sekejap dia akan kemaskan. Hmm.. kita manalah sabar, kemas jugak sebab tak suka dapur bersepah..

Resepi chicken strips ala KFC


Chicken Strips Cara Orang Bujang Masak 


Chicken strip yang saya tengok kat youtube dan si bujang saya buat, memang sama caranya. Setiap bahan dia ikut. Patutlah sedap rasanya. Saya sebagai ibu amat bangga dan bersyukur dapat anak lelaki macam ni, hormat orang tua, matang, patuh dan insya Allah jaga agama juga. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang kasihkan kan kita, betul tak?

Bahan-bahan:

2 potong dada ayam, hiris tipis memanjang
2 ulas bawang putih, haluskan
3 sudu makan tepung serbaguna Bestari


Bahan celup:

1 butir telur ayam
sedikit garam

Bahan pelapis:

3 sudu makan serbuk roti, kalau tak cukup boleh tambah

Cara nak buat Chicken Strips


1. Rendam potongan dada ayam dengan tepung serbaguna bestari yang telah dibancuh, lebih kurang 30 minit.


2. Kemudian campurkan bahan celup dan kacau seketika. Celupkan dada ayam yang telah hiris nipis tadi ke dalam nya.


3. Gulung setiap strip dada ayam ke dalam campuran bahan pelapis, sambil dicubit-cubit agar keriting dan krispi saat digoreng. 


4. Panaskan minyak cukup banyak, goreng chicken strip hingga tenggelam dengan api sederhana. Setelah masak, boleh angkat dan toskan. 

Agak-agak kalau tengok gambar, you all tahu tak nak buat chicken strips? Kalau nak mudah, layari youtube cara masak chicken strips. Ada langkah demi langkahnya.

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.