Header Ads

Cuti Perayaan Dan Takwim Sekolah Tahun 2021


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Cuti Perayaan Dan Takwim Sekolah Tahun 2021
Cuti Perayaan Dan Takwim Sekolah Tahun 2021. Tahun 2020 pun dah tinggal 2 bulan je lagi. Macam tak perasan masa berlalu meninggalkan kita dek kerana ada tempoh 18/3/2020 hingga 3/5/2020 , kita duduk rumah sepanjang masa tanpa banyak aktiviti yang realiti. Kebanyakan kita melakukan aktiviti secara maya. Itu yang rasa macam tak ada kenangan ketika tempoh PKP dan PKPP lebih kurang 47 hari tersebut. Pandemik Covid-19 di seluruh dunia telah mengubah norma kehidupan biasa yang kita lalui. Setahun dalam tahun 2020 cuma terisi lebih kurang 10 bulan je.. 

Maka, sesi persekolahan pun turut berubah, cuti sekolah disuai padan dengan keadaan semasa. Semua pihak terlibat, terkena kesannya. Untuk mengelakkan pandemik ini berakhir, semua pihak wajib melakukan tanggungjawab masing-masing sepenuhnya agar kita dapat hidup kembali normal seperti dahulu. 

Untuk rujukan dan panduan kita semua dalam menyusun cuti dan aktiviti bersama anak-anak dan family, saya kongsikan di bawah Jadual takwim persekolahan tahun 2021.

Cuti Perayaan Dan Takwim Sekolah Tahun 2021


Kalau anda nak menyusun jadual cuti keluarga, majlis keraian bersama saudara mara dan sahabat handai, bolehlah mengikut jadual takwim penggal pensekolahan anak-anak agar tidak timbul masalah di kemudian hari ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Jadual Takwim Persekolahan Tahun 2021


KUMPULAN A:

Untuk sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sesi persekolahan akan bermula pada 20 Januari 2021.

Cuti Perayaan Dan Takwim Sekolah Tahun 2021

KUMPULAN B:

Untuk sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan KL, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sesi persekolahan juga bermula pada 20 Januari 2021

Cuti Perayaan Dan Takwim Sekolah Tahun 2021

Jika ada hari yang nak digantikan, pihak sekolah boleh menggunakan mana-mana hari Sabtu minggu ke 2 atau ke 4, bagi sekolah dalam kumpulan A. Ia bergantung kepada budibicara pengetua jika hari persekolahan dalam setahun tidak mencukupi 190 hari. 

Jadual Cuti Perayaan Tahun 2021


Cuti Perayaan Dan Takwim Sekolah Tahun 2021

Semoga jadual takwim penggal persekolahan tahun 2021 dan jadual cuti perayaan di atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Rancanglah cuti dengan baik agar tidak bercanggah dengan jadual persekolahan anak-anak.

Hormatilah hak anak-anak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna tanpa gangguan.


No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.