Adakah anda mengalami masalah susah nak turun berat badan walau telah melakukan pelbagai cara untuk mengatasinya? Adakah anda mula tertanya-tanya di mana silapnya proses diet anda? Jom semak perkongsian saya seperti di bawah untuk mencari punca susahnya turun berat badan.
Punca Mengapa Susahnya Turun Berat Badan
Mengapa berat badan susah nak turun? Anda ada penyelesaiannya? Sebelum itu, kena tahu apa puncanya dan baru boleh kita selesaikan satu persatu..

1. Kurang minum air putih
2. Skip sarapan pagi
3. Suka minum air manis
4. Makan terlalu banyak
5. Tidak banyak bergerak
6. Makan karbo berlebihan
7. Makan terlalu cepat
8. Makan ketika stress
9. Tak cukup tidur
10. Makan lewat malam
Ok. Dalam senarai di atas, mana satu jadi penyebab anda lambat turun berat badan dalam proses diet? Jika diteliti dari senarai di atas, saya sukar nak elak nombor 3 dan nombor 6. Iaitu suka minum nescafe tarik dan makan nasi. Setiap hari kena makan nasi, kalau tak ada nasi rasa macam tak cukup set hidangan tu.. hehe
Seperti saya katakan tadi, nak diet pun kena ada cara supaya apa yang kita makan tak buat kita makin stress dan berat badan tak turun-turun.
Sama-samalah kita saling mendorong niat kawan-kawan yang nak turunkan berat badan demi kesihatan. Semoga kita semua berjaya mencapai impian masing-masing. Yang pasti, setiap impian biarlah membawa kebaikan kepada ramai orang.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.