Hero hati kami, seorang di seberang lautan dan seorang lagi di bumi Mersing. Masing-masing mengejar impian yang disemai selama ini. Seorang ibu hanya mampu mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya.

Selamat Jalan Hero Hatiku, Kejarlah Impianmu!
Hero kami, hero kepada adiknya dan kesayangan kami bersama. Usianya menginjak 20 tahun kini namun jelas dan nyata apa yang dicita-citakan dalam hidupnya. Kegigihan, keberanian, keimanan diterajui bersama dalam perjuangannya. Menjadi sumber inspirasi dan idola kepada adiknya. Semoga Allah Yang Maha Pengasih memeluk hero-hero kami dengan rahmat dan redhaNya.
Penerbangan malam tadi berlepas pada pukul 11.05 malam. Melepaskannya pergi, begitu berat rasa dihati. Tetapi apakan daya.. kerana itu adalah cita-cita. Hanya doa mengiringi di setiap langkah dan perjalanannya.




Selamat jalan hero hati kami, yang dekat di sini dan juga jun jauh di sana.. semoga kamu sentiasa dalam peliharaan Allah SWT.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.