Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Salam Maulidur Rasul 1442 H Bersamaan 29 Oktober 2020

Salam Maulidur Rasul 1442 H Bersamaan 29 Oktober 2020, hari Khamis. Bila sebut maulid rasul, terus ingat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Siapa lah yang tak rindu dan teringin jumpa dengan beliau? Semua orang ada kerinduan masing-masing sampai berdoa nak jumpa dalam mimpi. Ada yang dapat jumpa dalam mimpi, itu rezeki masing-masing. Oh ya.. salam buat semua pembaca blog saya, yang kenal ataupun tidak. Yang penting silaturrahim sesama muslim tetap terjaga walau di mana kita berada. Insya Allah. Oh ya, tema maulidur rasul tahun 2020 bersamaan 1442 Hijrah adalah 'Ummah Rabbani, Negara Harmoni'.

Maulidur Rasul tu apa? Ada yang tak tahu ke? Atau ada yang tak berapa pasti? Maulidur Rasul maksudnya hari kelahiran rasulullah. Hari lahir rasulullah, nabi terakhir untuk umat manusia di muka bumi ini.

Setiap tahun maulidur rasul disambut dengan penuh kesyukuran dan ceramah-ceramah agama yang menceritakan sejarah kelahiran rasulullah, kehidupannya dari kecil hingga dewasa, kisah perjuangan menegakkan syiar islam dan banyak lagi. Memang menginspirasikan sesiapa yang
mendengarnya.

Salam Maulidur Rasul 1442 H Bersamaan 29 Oktober 2020

(Dan tiadalah Kami mengutus kamu) hai Muhammad! (melainkan untuk menjadi rahmat) iaitu merupakan rahmat (bagi semesta alam) manusia dan jin melalui kerasulanmu. - surah al Anbia' ayat : 107.

Salam Maulidur Rasul 1442 H Bersamaan 29 Oktober 2020


Sempena dengan maulidur rasul yang disambut pada 29 Oktober 2020 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1442 Hijriah, saya kongsikan serba sedikit biodata rasul junjungan kita seperti di bawah:

Biodata Nabi Muhammad s.a.w


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Serba sedikit tentang Nabi Muhammad SAW. Untuk biodata penuh dan kisah kehidupan Rasulullah, anda boleh ke pautan berikut.. Biodata penuh Nabi Muhammad SAW, kisah perjuangan dan Ahli Keluarga.

Apa tandanya jika kita cintakan rasulullah? Hadiahkan al Fatihah selalu dan berselawat ke atas baginda. Setiap selawat kita merupakan syafaat di hari akhirat nanti. Insya Allah..

Semoga kita tidak melupakan untuk berselawat kepada baginda rasulullah sempena hari kelahirannya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close