Fadhilat Para Pembaca Al Quran Jernih Akalnya. Selamat pagi kepada semua sahabat ahli syurga. Semoga kita akan berkumpul di syurga Allah bersama-sama nanti bila tiba waktunya. Sementara itu, sama-samalah kita mengumpul bekalan untuk kembali ke alam sana. Apakah bekalan kita? Amal yang ikhlas, sedekah jariah, anak-anak yang soleh solehah. Duit harta benda wang berjuta belum tentu menjamin kita bila di hadapan Allah nanti. Tetapi.. ada satu amalan yang bila diamalkan akan jadi syafaat atau penolong kita di akhirat nanti. Iaitu al Quran. Bila menjadikan al Quran sebagai sahabat walau di mana kita berada, amal dan hayati kandungannya.. insya Allah ia akan jadi peneman kita dari alam kubur lagi. Jangan lepaskan satu harimu tanpa membuka dan membaca al Quran dengan mengerti akan maksudnya. Al Quran yang akan berkata-kata bila dah tak ada mulut untuk membelamu di padang mahsyar nanti. Subhanallah.

Marilah kita jadikan al Quran sebagai teman di kala sepi dan riuh, samada dalam waktu sedih dan gembira. Atau dalam keadaan kita dah kaya raya atau miskin sekalipun. Sehari selembar muka surat al Quran, lama-lama jadi sepenuh al Quran ada dalam hati dan jiwa kita. Jadikan hari kita lebih baik setiap hari dengan mendalami al Quran.
Para pembaca al Quran jernih akalnya
Gambar hiasan kredit Google 

Fadhilat Para Pembaca Al Quran Jernih Akalnya


Abdul Malik bin Umair beliau mengatakan :
Satu-satunya manusia yg tidak tua adalah orang yg selalu membaca Al-Qur'an dan manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-Qur'an.

Al-Imam Qurtubi berkata ;
Siapa orang yg membaca Al-Qur'an, maka Allah menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun.

Al-Imam Ibrohim Al-Maqdisi memberi wasiat kepada muridnya Abbas bin Abdi Daim :
Perbanyaklah membaca Al-Qur'an jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kau inginkan akan dimudahkan setara dengan yang kamu baca.

Imam Ibnu Sholah juga mengatakan ;
Bahwasanya para malaikat tidak diberi keutamaan membaca Al-Qur'an, maka kerana itu malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia.

Abu Zanad juga berkata :
Ditengah malam, aku keluar menuju masjid Rasulullah sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca Al-Qur'an.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan :
Tidak ada sesuatu yang lebih baik dalam memberi tenaga pada otak, kesegaran jiwa, kesihatan tubuh serta mencakupi segala kebahagiaan melebihi dari orang yang selalu melihat kitabullah. Bergantunglah pada Al-Qur'an nescaya engkau akan dapat keberkahan.

Allah berfirman ;
Ini adalah kitab yang kami turunkan kepadamu yang penuh keberkahan agar mereka mahu mentadabburi ayat²Nya.


Sebahagian Ahli Tafsir mengatakan :
Mana kala kita menyibukkan diri dengan Al-Qur'an, maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkatan dan kebaikan di dunia.

Mudah-mudahan Allah memberikan taufiknya kepada saya dan anda semua untuk selalu membaca Al-Qur'an dan mengamalkan isi dari Al-Qur'an disetiap semua perbuatan kita.

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Mudah-mudahan Allah memberikan taufiknya kepada kita semua untuk selalu membaca Al-Qur'an dan mengamalkan isi dari Al-Qur'an disetiap semua perbuatan kita.

    ReplyDelete

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Previous Post Next Post