Indahnya Hikmah Disebalik Musibah - Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan. Di saat itu dirimulah yang paling hebat!


Janganlah bersedih hati dengan kata maki dan tuduhan nista yang manusia lemparkan kepada kita, sesungguhnya ianya tidak sedikitpun menghinakan diri kita tetapi sebaliknya ia telah menghina diri mereka sendiri.

Mereka yang tak pernah berhenti menganggu kehidupan kita dengan segala tuduhan dan cercaan sebenarnya adalah mereka yang tidak mampu menggapai apa yang kita miliki. Bila kita bahagia, mereka cemburu kerana sebenarnya yang tidak mampu memiliki bahagia itu. Pandang segala hinaan sebagai ujian buat kita. Disebalik semua itu, telah Allah sediakan hikmah yang jauh lebih baik. Bersabarlah!!

Indahnya Hikmah Disebalik Musibah 


Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya.

Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.”

Oleh itu ingatkanlah diri kita dan sahabat-sahabat kita bahawa ketika ujian dan musibah menimpa, perbanyakkan bersabar, bertenang dan ucapkanlah Alhamdulillah. Bersyukurlah kerana kita masih dipilih oleh Allah untuk dikasihi, untuk diletakkan dalam perhatiannya dan berpeluang untuk mengecap bahagia hingga ke syurgaNya, Insyaa Allah...

Salam ingatan dari seorang sahabat yang jauh - 

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Previous Post Next Post