Header Ads

Tips Elak Makan Berlebihan Dengan Mudah


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Tips Elak Makan Berlebihan Dengan Mudah
Tips Elak Makan Berlebihan Dengan Mudah. Kita cerita pasal makan lagi ya, kali ni macam mana cara nak elak dari makan berlebihan. Sesuatu yang berlebihan memang tak bagus ya, apatah lagi bila dalam bab makanan. Kerana, makan berlebihan akan memudaratkan kesihatan dan macam-macam kesan sampingan yang lain. Yang tak bestnya kerana makan berlebihan boleh menyebabkan satu penyakit iaitu obesiti. Itu yang kita tak mahu, kena elakkan dari awal. Makan berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit, pergerakan jadi terhad, dan banyak lagi. Buat apa pun biarlah bersederhana. Betul tak?

Maka, di bawah ini marilah sama-sama kita baca dan ikuti cadangan untuk elakkan makan berlebihan. Mana yang sesuai dengan diri anda sendiri, bolehlah digunapakai. Mana yang tak sesuai kita abaikan saja.

Tips Elak Makan Berlebihan


Antara tips yang boleh diamalkan untuk elak makan berlebihan adalah seperti di bawah. Tios yang diberikan taklah susah untuk dipraktikkan. Pasti boleh!!

Tips Elak Makan Berlebihan

1. Elak "lapar" terlalu lama - bila anda tidak makan dalam waktu yang panjang, badan akan memasuki fasa kebuluran. Ini boleh menyebabkan seseorang itu makan dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan. Jadi, ambil makanan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Biasanya orang panggil "snack". 

2. Makan ikut waktu - Jangan makan makanan waktu utama seperti lunch atau dinner pada waktu yang tak menentu. Perut anda tidak akan tahu bila waktu yang tepat untuk makan, jadi buat satu waktu yang konsisten dalam menyusun jadual waktu makan tengahari dan makan malam anda.

3. Pilih dan ambil makanan tinggi serat - makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, sayuran dan bijirin, akan membuatkan anda cepat kenyang dan tahan lapar dalam masa yang panjang. Ia juga bagus untuk kesihatan.

4. Ambil masa kunyah - Kunyah makanan dengan perlahan-lahan dan nikmatinya. Anggaran kunyah makanan dalam 30 hingga 40 kali kunyahan. Ia bagus juga untuk usus anda.

5. Elak makan di depan "skrin" - Betul tu, elakkan makan depan komputer, handphone atau TV. Bila makan depan skrin, anda leka dan tak fokus pada makanan yang dimakan. Tak sedar makanan dah habis tapi tak rasa kenyang, itu yang menyebabkan anda akan menambah makanan.

6. Ambil buah sebelum makan - Pengambilan buah sebelum makan malam atau lunch, dapat membantu anda "mengisi" sebahagian ruang kosong perut anda. Ini dapat membantu anda rasa kenyang lebih cepat. Sesuai untuk mereka yang tiada masalah kencing manis.

7. Minum air kosong - Banyakkan minum air kosong. Pengambilan air kosong dapat mrmbantu "memenuhkan" perut anda dengan tambahan 0 kalori. Ini dapat membantu anda rasa kenyang.

8. Guna pinggan lebih kecil - Gunakan pinggan yang lebih kecil bila nak makan kerana pinggan yang kecil menyebabkan hanya sedikit nasi dan lauk yang boleh dimuatkan. So, anda akan makan dalam portion yang lebih kecil

9. Elak hidang makanan atas meja makan - makanan berhidang atas meja makan dengan pelbagai lauk pauk boleh meningkatkan potensi mengulang makan dalam waktu yang kerap. 

Semoga perkongsian di atas memberikan manfaat kepada kita semua. Hidup sihat adalah pilihan yang kita buat. Tak ada orang paksa pun. Maka buatlah pilihan yang betul dalam kehidupan kita.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.