Header Ads

Ayam Masak Lemak Cili Api Lauk Lunch Kami


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Ayam Masak Lemak Cili Api Lauk Lunch Kami
Ayam Masak Lemak Cili Api Lauk Lunch Kami. Salam tengahari minggu, hari Ahad masa kita bersantai bersama family tersayang. Masak apa hari ini? Masak western atau menu masakan melayu? Atau nak yang simple je, masak sup. Ringkas dan segar kan..

Lepas masak bubur chacha tadi, atas permintaan si bujang kecik kat rumah ni, saya tenung peti ais. Tak tahu nak masak apa untuk lauk lunch kami. Ada tulang lembu, takkan nak masak sup tulang. Dah lah masa dah suntuk. Sebab malas nak masak sebenarnya.. hehe

Tapi teringat En suami kata dah lama tak makan masak lemak cili api, so saya decide masak lemak cili api ayam yang mudah disediakan. Main campak-campak je dah siap.. nak resepinya? Boleh klik pada link ini ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ Resepi Lemak Cili Api Ayam Yang Sedap 


Ayam Masak Lemak Cili Api Lauk Lunch Kami


Jika anda tak ada idea nak makan atau masak lunch ni, boleh lah masak ayam lemak cili api. Memang faveret anak-anak..

Ayam Masak Lemak Cili Api Lauk Lunch Kami

Kalau masak lemak cili api, saya akan guna cili api yang warna merah lebih, sementara yang warna hijau letak sikit je. Nanti warna lemak cili api anda kuning kemerahan. Pedas memang pedas, tapi kaw rasanya!



Sayur pula ikut suka hati anda nak masak apa. Macam saya ada stok sawi je dalam freeze  itu lah yang boleh dijadikan sayur. Jangan tumis lama-lama, asal dah masak boleh angkat. Barulah segar sayur sawi tu..


Jika masak lemak cili api, memang kena masak lebih nasi sebab seisi rumah akan makan berulang kali sebab sedap kut.. haha

Tapi yang tukang masak ni tengok dia orang makan berselera pun kita dah kenyang. Yang penting apa yang dimasak tu habis dimakan dan tidak membazir.

Oh ya, saya masak lauk lemak cili api ayam tadi guna Primada Smart Cooker yang dibeli di Goshop hari tu.. senang je caranya.

Selamat bersantai. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜…

1 comment:

  1. Sedapnya kalau ada lauk lemak cili padi. Memang kena kuah lebih. Saya sendiri suka kuah lemak banjir atas nasi.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.