Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

E-Pelajar Untuk Semakan Keputusan Peperiksaan MRSM Mersing

Semak Keputusan Peperiksaan Dengan E-Pelajar MRSM. Portal e-Pelajar MRSM hanya untuk anak-anak yang sedang belajar di MRSM sahaja. Jika anak anda bersekolah di sekolah harian biasa, boleh membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak di SAPS

Bagi saya, menggunakan kedua-dua portal dah jadi kelaziman iaitu untuk anak bersekolah rendah saya guna SAPS dan sebaik anak-anak memasuki MRSM, saya guna portal e-semakan @ e-Pelajar pula. Oh ya, e-Pelajar di bawah saya buat khusus untuk MRSM Mersing sebab anak bujang saya sedang belajar di sana.

Semak Keputusan Peperiksaan Dengan E-Pelajar MRSM Mersing


Saya kongsikan cara-cara menyemak keputusan peperiksaan pelajar MRSM secara online bagi kita mengikuti perkembangan prestasi anak kita daripada jauh. Pautan ini khas untuk pelajar di MRSM Mersing. Kerana saya percaya, setiap MRSM mempunyai sistem semakan tersendiri.


1. Klik kepada pautan berikut:



E-Pelajar Untuk Semakan Keputusan MRSM Mersing

2. Ikut arahan selanjutnya iaitu masukkan No. Maktab dan Password. Seperti contoh di bawah.

3. Kemudian tekan butang LOG MASUK. Paparan berikut ditunjukkan. 

Pilih AKADEMIK



Pada kotak PEPERIKSAAN = PILIH JENIS PEPERIKSAAN, pada kotak SEMESTER = PILIH SEMESTER anak masing-masing.

4. Akhir sekali paparan keputusan anak anda akan kelihatan. Kita boleh semak adakah apa yang anak kita sampaikan itu betul atau sebaliknya.

Semoga anak-anak kita memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat. 

SELAMAT MAJU JAYA!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close