Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bakso Sedap Ini Resepinya

Bakso Sedap Resepi Untuk Semua. Saya kongsikan resepi bakso pula kali ni, resepi yang mudah dan yang penting semua orang boleh cuba. Bakso pun asalnya resepi dari negara seberang, Indonesia. Dah lama saya makan bakso ni, biasa orang buat bebola daging tu dari daging kambing. Baru naik rasa dia. Tapi kalau buat dengan bebola daging lembu pun boleh je, tak ada masalah.
Ada juga bakso ayam, sebab tu kalau kita order kat warung ─Ćia orang akan tanya bakso ayam atau daging. Ikut selera masing-masing. Harga bakso daging mahal sikit la..

Bakso Sedap Ini Resepinya
Gambar hiasan

Ada sesetengah orang makan bakso dengan bihun @ mee hoon, ada pula dengan mee kuning. Terpulang masing-masing nak pilih mee yang mana.


Bakso Sedap Ini Resepinya


Marilah kita start masak bakso, hidangan mudah tapi menyegarkan. Resepi yang kini semua orang dah boleh masak sendiri. Resepi bakso asli Indonesia.

Bakso Sedap Ini Resepinya


Bahan-bahan:

Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) / sohon
Taugeh
Kobis dihiris halus

*UTK BEBOLA

400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam

*UTK KUAH

3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa
Cara-cara

UTK KUAH; 

1. Tumbuk bahan bertanda *. 
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan sekali serai.
3. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam dan perasa.

UTK BEBOLA: 

1. Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan ke dlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah dan bebola

#Rendam mee hoon dan celur, kemudian tapis. #Hidang mee hoon dgn taugeh dan kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.

Nota:

Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yang ditumbuk berasingan dengan kicap... Kicap yang sering diguna kicap ABC.. 

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close