Ada pelbagai versi, bentuk, harga dan rasa durian crepe ni ya. Jangan ingat semua durian crepe rasanya sama. Ada bentuk empat segi, bulat, gebu, kempis dan lain-lain lagi. Yang ada isi duriannya tak kelihatan. Hanya guna perisa durian sahaja dan bukan isi durian asli. Sebab tu ada harga yang murah dan mahal. Tengok apa yang dia orang offer kat kita la..


Di bawah ni durian crepe yang saya beli online. Gebu kan? Kami nak makan pun sayang. Haha.. beli 2 kotak, dan setiap kotak ada 6 ketul durian crepe.


Durian Crepe Gebu Gebas Beli Online
Orang yang pandai buat durian crepe ni memang salute la. Bukan apa, saya pernah cuba buat kulit luar dia tu, yang Allah.. keras dan tak rata. Walau dah buat nipis-nipis. Lastly, rasa fed up terus malas nak cuba lagi.
Layan lagi gambar durian crepe saya ya.. yummy!!



Selain beli durian crepe, kami beli musang king dan D24 sekali. Selagi musim durian tak habis, selagi itu kami akan cari dan rasa mana-mana ada orang jual durian. Tapi makan pelan-pelan.. sebab manis sangat. Sehari makan 2 ulas pun dah okay.
Durian crepe yang beli online ni adalah antara durian crepe yang terbaik kami pernah rasa. Dengan bentuknya yang gebu gebas, rasa durian asli dan saiznya yang agak besar memang amat berbaloi dengan harga yang dibayar.
Jika anda teringin, beli je kat mana-mana sementara ada musim durian. Sesekali tak salah nak makan manis-manis tetapi kenalah bersederhana ya..

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.