Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Beli Durian Box Musang King Box & D24

Beli Durian Musang King Box Segar. Dah dekat sebulan gambar durian lalu lalang kat wall FB dan juga group delivery yang saya join. Macam-macam versi durian yang ada dan kebanyakannya saya nampak datang dari Pahang. Hmm... saya memang pantang nampak durian. Memang hantu lah orang kata.. hantu durian tak apa ya, jangan hantu jembalang. Hehe.. paling saya rindu musim durian tentulah durian Musang King. Kemudian ada macam-macam versi dan harga. Rasa pun ada sedikit perbezaan. Dari negeri mana ia datang, dan mungkin juga ada kaitan dengan cuaca hujan panas. Tapi itulah.. bila sebut Musang King, harganya memang KING! Kena banyak bertabah kalau nak lihat harganya. Tetapi, oleh kerana musim durian bukan selalu ada, masa inilah peluang kita nak merasa durian yang kita suka. 

Jadi, sambil scroll down kat Group delivery.. ternampak satu penjual durian ambil order durian box, iaitu durian siap kopek. Itu memang saya suka, tak susah payah nak buang kulit durian nanti. Open order untuk durian Musang King dan juga D24. Apa lagi, saya terus order 1kg setiap jenis durian tu. Alhamdulillah.. ada rezeki makan durian di musim PKP 2.0 ini.

Bukan saya tak cuba cari yang ada jual durian segar dari ladang.. tetapi baru sampai je durian dah habis. Tinggal yang tak berapa elok. Maka saya batalkan niat nak pergi terjah lagi. Takut kecewa lagi. Alternatifnya, saya beli durian box punya. Pre order, lambat seminggu tak apa, yang penting ada..

Beli Durian Box Musang King & D24 


Nah! Inilah rupa durian box yang saya order.. MUSANG KING DAN D24. Alhamdulillah.

Kita layan gambar di bawah ni ya. 👌👌

Beli Durian Box Musang King Box & D24

1 box Musang King seberat 1 kg. Alhamdulillah.. isi dia semua manis dan tebal. Biji dia leper-leper gitu. Isinya tebal. Makan dua ulas pun dah kenyang. 

Beli Durian Box Musang King Box & D24

Beli Durian Box Musang King Box & D24

Kalau sebut Musang King, harganya memang mahal. D24 murah sikit. Tetapi, durian kan bermusim, ketika dia ada kita beli dan rasa. Bukan selalu pun. Lagipun anak-anak semua suka makan durian, kita beli dia orang makan habis. Syukurlah, tak membazir. 

Walau pun dipanggil durian box, Musang King dan D24 yang saya beli tetap segar dan manis lemak rasanya. Warna yang menarik. Tak habis kita simpan dalam freezer. Bila makan sejuk-sejuk rasa macam ais krim durian. Hehe..

Semoga kita semua akan direzekikan dengan makanan yang kita ingin makan, dan yang penting halal. Betul tak?
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments