Resepi Mudah Roti Telur Rangup Dengan Serbuk Roti

Advertisement

Roti Telur Goreng Rangup Dengan Bread Crumb. Bread crum atau serbuk roti memang boleh membantu merangupkan makanan yang anda goreng. Dah sarapan? Sarapan apa hari ini? Mesti ada yang makan nasi lemak, nasi goreng, roti canai dan sebagainya. Kami makan roti telur rangup pagi ni yang disalut dengan serbuk roti.

Saya dah buat perbandingan. Buat roti telur tanpa atau dengan salutan serbuk roti. Rupa-rupanya buat roti telur dengan salutan serbuk roti menjadikan roti telur kita tak serap minyak sangat, rangup dan rasa roti macam ayam pulak.. Hehe, walau dah sejuk, ia tetap masih kerangupannya.


Roti Telur Goreng Dengan Bread Crumb


Resepi Roti Telur Rangup Dengan Salutan Serbuk Roti

Roti telur salut serbuk roti menghasilkan roti telur yang rangup dan sedap. Cubalah!!

Resepi Roti Telur Rangup Dengan Salutan Serbuk Roti

Resepi Roti Telur Rangup Dengan Salutan Serbuk Roti

Biarpun gambar tak lawa, yang penting rasanya sedap dan rangup. 


Bahan-bahan:


Roti secukupnya - potong dua
4 biji telur ayam - dipukul bersama dengan garam dan serbuk lada hitam
1 mangkuk kecil serbuk roti
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan roti telur rangup


1. Sekeping roti potong jadi dua bahagian. Celupkan ke dalam adunan telur yang telah dipukul tadi

2. Panaskan minyak. Kemudian gaulkan roti di atas serbuk roti dengan rata.

3. Goreng hingga kekuningan.

4. Toskan seketika, jika berminyak.

5. Makan dengan sos cili atau makan begitu aje, memang sedap dan rangup


Selamat mencuba. Senang je nak buat roti telur goreng rangup dengan serbuk roti. Bahan-bahan pun sikit dan simple. Kalau anda ibu @ isteri bekerja, boleh lah buat sarapan ini untuk anak-anak anda.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.