Resepi Bakwan Lebih Nipis Rangup Dan Sedap

Resepi Bakwan Nipis Rangup Dan Sedap. Bakwan ni senang cerita macam cucur udang, cuma yang Bakwan ni lebihkan sayur. Nak rangup lagi, letak tepung beras. Memang yummy uols!!

Bakwan ni sedap makan time panas dan tengah rangup. Tapi kalau pandai buat bahan bancuhannya tu, pasti kerangupan bakwan sampai ke petang ataupun lambat lemau. Hehe.. saya share resepi BAKWAN kat sini sebagai sumber rujukan di masa akan datang, manalah tahu anak cucu nak cari resepi nanti kan senang.. haha

Layan gambar Bakwan yang saya share dari internet, tengok gambar pun dah terliur. Kerangupan nya dah terasa.. hiasan cili padi tu kalau nak kunyah sekali pun boleh. 👍👍

Resepi Bakwan Lebih Nipis Rangup Dan Sedap

Resepi Bakwan Lebih Nipis Rangup Dan Sedap


Resepi Bakwan Nipis Lebih Rangup Dan Sedap



Bahan-bahan


2 cawan tepung gandum*

1 sudu tepung beras*

4 sudu tepung bestari pedas*

1/2 cawan udang geragau kering*

1 biji telur*

Sedikit garam*

Sedikit serbuk kunyit*

1 1/2 cawan lobak merah sagat**

1 1/2 cawan tauge**

1 1/2 cawan hirisan kobis**

5 tangkai daun kucai**

1 labu bawang besar hiris kasar**

Cara Membuat Bakwan Sedap Rangup


Resepi Bakwan Lebih Nipis Rangup Dan Sedap


Nota;

Sebenarnya jika banyak sayur lagi sedap bakwan ini.


1. Bahan bertanda (*) hendaklah dibancuh dengan air ais. Bancuhannya jangan terlalu pekat dann jangan terlalu cair. Macam nak buat lempeng

2. Masukkan bahan bertanda (**). Gaul rata. 

3. Goreng menggunakan minyak yang banyak.

4. Cara menggoreng boleh rujuk di gambar yang disediakan.

Caranya, leret bakwan di tepi kuali dulu, bila dah separuh masak, lepas tu baru tarik ke dalam minyak.

Resepi Bakwan Lebih Nipis Rangup Dan Sedap


Tips goreng bakwan yang tak berminyak;


1. Goreng ketika minyak dah betul-betul panas
2. Jangan goreng gunakan api yang besar
3. Toskan dahulu bakwan setelah di angkat dari kuali
4. Alas dengan tisu serap minyak


Bila dah warna kekuningan Bakwan tu, boleh lah diangkat, ditoskan sekejap.

Siap untuk dihidangkan.

Nak makan dengan sos cili @ sos bawang putih buat sendiri, terpulang.

Selamat mencuba!

Catat Ulasan

0 Ulasan

close