Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kumpulan Berisiko Tinggi Yang Layak Divaksinasi

Kumpulan Berisiko Tinggi Yang Layak Divaksinasi. Apabila dengar vaksin, ramai je yang berbelah bahagi. Samada nak divaksin atau sebaliknya. Kalau yang cakap 'besar' tak percaya vaksin sebagai alternatif perubatan, tetapi sihat tubuh badan tak apa lah. Ini, jika sebaliknya diri kita ni tak berapa nak sihat.. ikutilah saranan kerajaan. Bukan kerajaan nak suruh kita pergi berperang. Bukan kerajaan nak suruh kita membunuh! Jauh sekali nak menyusahkan dan memaksa kita mengambil vaksin. Kerajaan cuma GALAKKAN ORANG YABG TIDAK BERAPA SIHAT untuk divaksin. Program vaksin ni sukarela je pun, tapi atas kesedaran diri jika kita ada banyak penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.. maka, terimalah vaksinasi.

Sebagai panduan dan rujukan, di bawah ini saya kongsikan dari FB JKJAV, kategori kumpulan berisiko yang layak divaksinasi. 


Kumpulan Berisiko Tinggi Yang Layak Divaksinasi


Jika anda tergolong dalam kalangan warganegara yang berisiko tinggi seperti di bawah, anda layak divaksinasi.

Kumpulan Berisiko Tinggi Yang Layak Divaksinasi

Senarai penyakit yang penghidapnya berisiko tinggi dan menjadi kumpulan UTAMA untuk divaksinasi:

1. Diabetes (samada jenis 1 atau 2)

2. Obesiti - BmI lebih 40 dan mempunyai penyakit berkaitan dengan obesiti

3. Hipertensi / tekanan darah tinggi

4. Hiper- kolesterolaemia

5. Penyakit jantung - termasuk penyakit jantung kongenital, atrial fibrilasi, penyakit arteri koronari dan lemah jantung

6. Penyakit paru-paru ; asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)

7. Kanser (stabil dan telah selesai rawatan)

8. Hamil dengan kornobid : boleh divaksinasi antara 14 hingga 33 minggu

9.Penyakit buah pinggang kronik: tahap 3 - 5, menjalani dialisis

Untuk maklumat lanjut tentang terma-terma penyakit di atas, anda boleh terus google website KKM. Sekarang ni, info tentang penyakit boleh didapati dalam pelbagai website yang boleh dipercayai. 

Ramai dah yang sedar tentang pentingnya menjaga kesihatan diri daripada menjaga ego dan emosi sendiri.

Pihak KKM pun telah banyak kali menghebahkan bahawa pentingnya pengambilan vaksin bagi warga emas yang menghidapi penyakit kronik khasnya. 

Sayangilah diri sendiri, kerana bila kita dah sakit tak ada siapa yang boleh tolong tanggung sakit kita melainkan diri sendiri.

Jadi, dalam keadaan Covid-19 yang masih belum reda, maka lakukan lah tindakan yang masuk akal dan bukannya membuta tuli.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close