Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Surah al Hijr Ayat 9 Laris Perniagaan

Doa Ayat Pelaris Surah al Hijr Ayat 9. Selain kita berusaha bersungguh-sungguh, kita juga mesti iringi usaha dengan doa kepada Allah SWT agar perniagaan kita berjaya. Siapa yang nak menanggung rugi dalam usaha yang dilakukan, dengan modal yang dikeluarkan, dengan keringat yang dihabiskan.. Betul tak? Berpagian mencari rezeki diiringi doa-doa dan amalan yang bersesuaian agar Allah nampak kesungguhan kita mengharap bantuanNya. Segala usaha kita yang beribu dan berjuta itu takkan berhasil tanpa izin dari Allah.

Yakin bahawa dengan mengamalkan surah al Hijr ayat 9 ini, jadi asbab untuk Allah memandang usaha ikhlas kita memperbaiki kehidupan. Kita hanya berusaha, Allah yang memakbulkan. Bukan amalan ayat itu, bukan ayat dari surah al Hijr itu yang menjayakan dan melariskan perniagaan kita... sebaliknya belas ehsan Allah lah yang menyebabkan perniagaan kita berjaya!


Doa Ayat Pelaris Surah al Hijr Ayat 9


Ayat pelaris perniagaan dari al Quran. Bukan jampi serapah ya kekawan dan sahabat syurgaku semua..

Doa Surah al Hijr Ayat 9 Laris Perniagaan


Ayat pelaris perniagaan dalam rumi;


Innaa nahnunazzal nazzikra

Wa'innaa lahuu lahaa fidzuun


Maksudnya:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.


Cara amalan:

Bacalah 101 kali setiap lepas solat subuh, sebelum keluar mencari rezeki. Percaya Allah mendengar harapan dan impian kita.

Benarlah, sesungguhnya semua itu milik Allah. Jagalah dan amalkan hidup berlandaskan al Quran, insya Allah, Allah menjaga dan memelihara rezeki dan kehidupan kita semua.

Wallahua'lam..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close