-->

Panduan

Nasi Ayam Hainan Masak Dengan Primada Pressure Cooker

Advertisement

Nasi Ayam Hainan Masak Dengan Primada Pressure Cooker

Nasi Ayam Hainan Masak Dengan Primada Pressure Cooker. Tak sangka pulak dalam pertama kalinya saya akan masak nasi ayam hainan! 

Nasi Ayam Hainan Masak Dengan Pressure Cooker Primada. Sekarang ni saya tengah belajar masak nasi-nasi berempah seperti beraini, nasi arab, nasi ayam hainan dan macam macam lagi jenis masakan menggunakan preasure cooker. Saya beli jenama Primada, 6 liter punya. Cukuplah untuk kami 4 orang sekeluarga. 

Jom kita mula memasak nasi ayam hainan.

Nasi Ayam Hainan Masak Dengan Primada Pressure Cooker



Bahan-bahan:

6 ketul ayam - dilumur dengan 2 ulas bawang putih dan 2 inci halia dan garam. Ketepikan.

3 pot beras - dibasuh dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit. Toskan.

Bahan tumisan:

2 biji bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 bungkus kecil rempah 3 serangkai 
1 ketul kiub ayam
Minyak untuk menumis

Cara memasak Ayam Hainan masak dengan pressure cooker


1. Hidupkan Pressure Cooker Primada (PCP), pada mode 'Stir Fry'. Tunggu panas sekejap.

2. Masukkan minyak dan tumis rempah 3 serangkai. Kemudian masukkan pula kiub ayam dan bahan tumbuk tadi. Biar hingga naik bau. 

3. Masukkan beras dan gaul dengan bahan tumisan. Biar rata semua bahan. Baru letakkan ayam di bahagian atas beras. 

4. Masukkan 3 cawan air atau air lebih 1 inci di atas ayam. Tutup PCP dengan hala ikut arahan Close. Tombol hitam butang pressure hala ke arah bekas dia. Biar selari..

5. Tekan butang Cancel dan cari mode 'Brown Rice'.
Bacaan pada skrin tunjuk 15 minit.

Cepatkan?? Tak perlu jenguk-jenguk pun. Boleh lah layan cerita korea awak tu.. hehe

Nanti bila dah cukup 15 minit, ada alarm akan berbunyi. Tandanya nasi ayam hainan anda dah masak.

Nasi Ayam Hainan Masak Dengan Primada Pressure Cooker

Tunggu sekejap, biar wap preasure tu keluar. Bila skrin tunjuk 'End', boleh lah tolak tombol pressure tu guna sudip atau sudu. Jangan guna tangan. Panas tu...

SOS CILI NASI AYAM HAINAN


Bahan-bahan diperlukan:

Cili masak 3 biji
Bawang putih 3 ulas
Sos tomato/sos cili
Cuka
Gula

Cara menyediakan dan memasak:

1. Cili masak dikisar bersama bawang putih, campur sedikit air.
2. Masukkan dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
3. Kemudian masukkan sos cili/tomato, gula dan cuka sesedap rasa dan kacau sehingga sos menjadi pekat.


Nasi Ayam Hainan Masak Dengan Primada Pressure Cooker

Siap. Dah boleh mula hidangkan nasi ayam hainan masak dengan pressure cooker primada! Mudah, main campak-campak je.

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.
close