Kerang Rebus Mudah Dan Cepat. Kerang rebus lagi menu segar hari ini sebab En suami beli kerang segar 2 kg menyebabkan kita kena masak cepat-cepat habiskan stok sebab kalau lama simpan, tak sedap dah rasanya. Kali ni kami masak kerang rebus lagi, dengan bahan yang simple tapi menyegarkan dan menyihatkan.
Dah lah proses nak buatnya pun mudah dan cepat. So, tak de lah berpeluh kat dapur akibat terlalu lama di dapur.
![]() |
Saya rebus kerang dalam kuali je... lebih senang |
Kerang Rebus Mudah Dan Cepat
Pada mulanya bujang kecik kami tu tak nak makan. Dia kata pelik lah, almaklum sebelum ni kami makan kerang dah siap kopek kulitnya, buat sambal tumis. Itu dia makan lah, tapi bila kena kopek sendiri, dia rasa lain macam.
Tapi kami paksa jugak dia makan, sebab benda ni makanan sihat. Tak berminyak sangat, dan rebus-rebus je..

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.