Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

PV Blog Cecah 38 Juta Hari Ini

PV Blog Cecah 38 Juta Hari Ini. Lari tajuk sikit, nak share dengan uolss yang blog ini telah mencapai pageviews (PV) 38 juta hari ini, ketika artikel ini ditulis. Alhamdulillah. Walau kenaikan PV agak perlahan disebabkan pertukaran nama domain dalam tahun 2018, ia tetap bertahan sehingga hari ini. Bertahan kerana minat berblog dan berkongsi perkara bermanfaat dengan semua orang.

Semoga perkongsian yang bermanfaat dalam blog ini menjadi asbab kebaikan di dalam kehidupan kami sekeluarga dari dunia hingga ke akhirat. Insya Allah. 


PV Blog Cecah 38 Juta Hari Ini


Baru je saya perasan PV blog dah cecah 38 juta, atau tepatnya 38,000,013 yang sempat saya printscreen di bawah. Sumber dari blogger.com.

PV Blog Cecah 38 Juta Hari Ini

Berdasarkan gambar di atas, saya telah buat sebanyak 4,071 post sepanjang blog ini diwujudkan iaitu tahun 2011. Anggaran dah 10 tahun juga blog ini terhasil.

Nampaknya saya bukanlah blogger yang aktif sangat, ada lah dalam 1 hari 1 entri. Hehe..

Bulan lepas PV blog mencapai 340,539, pun kurang bagus jika dibandingkan ada satu-satu masa dalam tahun 2017 PV blog melebihi 1 juta sebulan. Itu lah namanya turun naik dunia blog. 

Kenangan tahun 2017, PV sebulan lebih 1 juta

Namun, percayalah.. sekuat mana anda berusaha, begitulah hasil yang anda akan perolehi. Betul tak?

Semoga blogger di luar sana dapat mencapai apa yang ingin dikejar sambil membuat kebaikan di sepanjang menulis konten blog.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close