Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Order KFC Bucket Riang via KFC Delivery

Order KFC Bucket via KFC Delivery. Sekarang ni KFC ada promo TAPAU10 sehingga 14 Jun 2021 untuk sesiapa yang order KFC tetapi self collect, iaitu ambil sendiri. Tak guna delivery dia orang. Kalau korang nak delivery, kod itu tak boleh digunakan. 

Order KFC melalui KFC Delivery memang dah biasa kami buat, boleh dikatakan jika teringin je dan malas nak keluar rumah, maka kami order je. Kalau nak keluar rumah, banyak pulak kerjanya. Kena panaskan kereta, tempohi jammed, kena beratur lagi dan macam-macam..

Kalau order online, tunggu depa sampai sambil buat kerja lain seperti lipat kain baju, buang sampah, cuci pinggan mangkuk dan banyak lagi 🤣🤣

Order KFC Bucket Riang via KFC Delivery


Order KFC Bucket Riang via KFC Delivery


Order KFC Bucket Riang via KFC Delivery

Walau family cuma bertiga, kami memang akan order banyak sebab boleh makan ulang kali. Kalau tak habis untuk lunch, boleh je di bawa untuk dinner sekali. Tinggal panaskan je dalam oven atau air fryer. 

Ada set nasi lemak tu, saja order 1 pack sahaja sebab anak bujang saya akan tanya nasi punya.. jadi kita standby je la..

Loaded potato bowl tu kesukaan anak bujang saya yang kat overseas tu, kita beli sebab teringatkan dia tu.. memang memorable betul. Sejak dari Form 5 lagi dia asyik beli loaded potato bowl tu. Sampai naik geram kita..

KFC ni hidangan family kita dari dulu, kan? Betul tak? Paling tidak sebulan sekali mak bapak kita bagi kita makan KFC. Dah jadi one of our history tu..

Okay la, selamat berehat bersama family. Makan apa hari ini? Sama ke kita? KFC sentiasa ada di hati..

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close