-->

Panduan

Resepi Samosa Sedap Kulit Rangup

Advertisement

Resepi Samosa Sedap Kulit Rangup. Pagi tadi sarapan samosa, yang rangup kulitnya dan inti penuh. Memang puas hati sangat. Saya memang dah biasa buat samosa, nak buatnya pun senang. Cuma kena masak inti dia je la, itu yang kekadang malas tu datang menggoda.. hehe

Samosa lebih kurang sama inti dia dengan nak buat karipap kentang. Kalau nak letak sayur, pastikan sayur tu toskan kering-kering, sebab jika tidak kulit samosa nanti jadi tak rangup. Ada sesetengah orang buat inti samosa tak letak sayur-sayuran pun tapi masih sedap jugak. Terpulang pada citarasa masing-masing.


Resepi Samosa Sedap Kulit Rangup

Resepi Samosa Sedap Kulit Rangup

 

Resepi Samosa Sedap Kulit Rangup

(RESEPI ASAL DARI CHE NOM)

Bahan-bahan;


Bahan untuk kulit samosa:

kulit popia secukupnya
2 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan sedikit air

Bahan untuk inti:

3 biji kentang saiz besar atau 500 g kentang, dipotong dadu
1 batang karot, dipotong dadu
sayur campur (jika suka, dan kalau guna sayur campur tak perlu lagi masukkan karot)
1 tangkai daun kari
2 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih, dicincang halus
3 sudu besar rempah kari daging
1 cawan daging atau ayam cincang
1/2 senduk minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara Memasak Samosa Sedap Rangup


Cara masak inti:

1. Rebus kentang separuh masak dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, kemudian diikuti bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
3. Bancuh serbuk rempah kari dengan sedikit air, dan tuang ke dalam bahan tumis tadi.
4. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak. Kalau minyak agak berkurangan, boleh tambahkan lagi minyak supaya rempah masak sempurna.
5. Apabila rempah sudah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak, masukkan daging atau ayam kisar. Kacau sehingga daging masak.
6. Masukkan carrot (atau sayur campur). Masak sehingga carrot lembut kemudian diikuti kentang.
7. Perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
8. Angkat dan sejukkan. Apabila inti telah sejuk, boleh di balut dengan kulit popia.

Cara Goreng Samosa Untuk Kulit Rangup


1. Panaskan minyak dengan api besar, minyak goreng terendam ya

2. Masukkan samosa mengikut kesesuaian kuali

3. Kecilkan api pada kadar sederhana besar

4. Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan sebentar

5. Siap untuk dimakan, dengan sos atau makan begitu saja

Resepi Samosa Sedap Kulit Rangup

Resepi Samosa Sedap Kulit Rangup

Ni kalau buat banyak pun habis sebab walau dah sejuk, kulit samosa ni kekal rangup. 

Kalau rajin buat dalam 50 ketul samosa, kemudian simpan dalam freezer.

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.
close