Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pengalaman Proses Vaksinasi Dos Pertama Dan Kedua Yang Amat Mudah

Pengalaman Proses Vaksinasi Dos Pertama Dan Kedua. Mudah dan pantas je prosesnya. Semua petugas dan sukarelawan amat berfungsi dengan jayanya. Tidak menyusahkan pun.. semua orang tua muda dilayan baik-baik.. Perkongsian dalam blog ini adalah sebagai rujukan bagi mereka yang belum pernah pergi vaksinasi lagi. Harap membantu serba sedikit.

Cuma macam biasa, persediaan sebelum ke pusat vaksin adalah;

1. Bawa handphone yang ada applikasi mySejahtera anda
2. Bawa IC / kad pengenalan diri
3. Bawa pen, memudahkan urusan nak isi borang nanti
4. Pakaian yang sesuai
5. Kalau berpenyakit, bawa rekod perubatan anda, jika perlu

Pengalaman Proses Vaksinasi Dos Pertama Dan Kedua Yang Amat Mudah


Proses Vaksinasi Dos Pertama


Tarikh vaksin : 30 Julai 2021:


1. Scan mysejahtera dari profile ~ semua orang pun dah biasa buat, iaitu sebelum masuk ke PPV

2. Diberikan nombor berserta surat akujanji

Isikan borang akujanji, nama, no IC dan tarikh. Nombor jangan hilang.. kena tanda anda "BERSETUJU DIVAKSIN", jangan pulak tanda tak bersetuju.. hehe

Pengalaman Proses Vaksinasi Dos Pertama Dan Kedua Yang Amat Mudah

3. Menunggu semakan data dalam mySejahtera ~ sekejap je. Ada banyak kaunter, macam PPV tempat saya ni ada 16 kaunter.. masa ni dia minta IC dan kita kena scan kod MySejahtera kat depan dia..


4. Meja konsultansi oleh doktor - di sini doktor tanya lah beberapa info seperti umur, alahan yang ada, makan ubat harian dan sebagainya. Doktor akan beritahu kesan-kesan selepas dos @ suntikan pertama diberikan. 

Disini anda boleh soal macam-macam yang anda nak tahu. Jangan malu-malu.. okay

5. Mendapatkan dos pertama

Proses di sini amatlah cepat. Borang akujanji dia ambil, tunjuk 3ml vaksin sebelum dan selepas proses suntikan dilakukan. Macam sekelip mata dah siap suntik.. haha..

6. Berehat 15 minit sebelum penyerahan tarikh dos kedua yang akan datang

Di kaunter terakhir, macam biasa tunjuk my sejahtera kita. Borang akujanji dan tarikh baru dos kedua diserahkan. 

Pada temujanji dos kedua, bawa semula borang akukanji bersama dengan kad temujanji tersebut.

7. Isikan feedback dalam mySejahtera keesokan harinya

Last sekali dari proses dos pertama ini, kita dikhendaki mengisi kotak feedback di mySejahtera pada esok hari. Kalau ada kesan, kata Ya, jika tiada kata Tidak. 😁😁

Lihat sijil elektronik pada profile anda, yang mengesahkan anda telah complete dos pertama. Seperti gambar di bawah



Proses vaksinasi Dos Kedua


Tarikh vaksinsasi:  20 Ogos 2021

Proses vaksinasi ke 2 lebih cepat, masa singkat dan lebih selesa. Sebab kita dah ada pengalaman kali pertama, maka bila dah sampai dos ke 2 vaksain, ia dah jadi biasa. 

1. Scan mysejahtera dari profile ~ semua orang pun dah biasa buat, iaitu sebelum masuk ke PPV, kemudian ambil suhu, sanitize tangan. Tunjukkan kad kecil dos pertama dahulu.

2. Diberikan nombor dengan slip dos ke 2, isikan maklumat seperti nama, no IC dan tarikh di atasnya

3. Menunggu semakan data dalam mySejahtera ~ sekejap je. Standby IC. Ada banyak kaunter, macam PPV tempat saya ni ada 16 kaunter.. masa ni dia minta IC dan kita kena scan kod MySejahtera kat depan dia..

- ada beberapa pertanyaan seperti ada batuk atau demam
- ada keluarga yang sedang kuarantin, dsb

4. Mendapatkan dos kedua - sekejap je, tunjuk vaksin apa, berapa sukatan dia..

5. Menunggu 15 minit untuk semakan data terakhir dan rujuk ke profile mysejahtera untuk melihat sijil digital. Kad kecil kita dipulangkan. Boleh digunakan sebagai ganti sijil digital.

6. Jangan lupa bagi feedback keesokan harinya dalam mySejahtera setelah anda menerima vaksin ke 2 itu.

Selesai sudah pengalaman saya mengambil vaksin untuk dos pertama dan ke 2. Semoga perjalanan pengalaman ini memberi manfaat kepada semua. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close