Kita mulakan dengan pes asam pedas, yang jadi mangsanya adalah ikan siakap. Dah itu je ikan yang ada dalam freezer. Hihi..

Resepi Ikan Siakap Masak Guna Pes Asam Pedas
Bahan-bahan:
2 batang serai - diketuk
Daun kesum beberapa tangkai
Garam dan gula secukupnya
Bendi / tomato sebagai hiasan
Cara menyediakan siakap asam pedas guna pes segera
2. Panaskan kuali, letak sedikit minyak je. Sebab dalam pes segera tu dah bubuh minyak
3. Tumis sekejap serai tadi hingga naik bau. Kemudian tumis sekejap pes segera tu.
4. Masukkan 1 liter air dan kacau rata. Masukkan daun kesum secukupnya
5. Bila dah mendidih, baru masukkan ikan siakap dan kacau perlahan.
6. Perisakan dengan garam dan gula.
7. Bila ikan dah masak (sekejap je), matikan api. Asam pedas siakap anda dah siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Bagus untuk ibu-ibu yang terlalu sibuk dengan WFH dan sebagainya.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.