Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1443H

Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1443Hijrah. Negara terus sejahtera, makmur dan di bawah rahmat lindungan Illahi hendaknya menjelang tahun baru hijrah 1443. Semoga kita semua beroleh kejayaan, makin cemerlang dalam kehidupan dan semakin tinggi akhlak seiringan dengan ilmu dunia dan akhirat. Insyaa Allah..

Tema MAAL HIJRAH 2021/ 1443 H adalah Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti. Manhaj Rabbani adalah jalan untuk menjadikan ummah meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan dan panduan dalam segala amalan, perbuatan dan matlamat hidup. Itulah jalan hijrah kita untuk menjadi ummah berkualiti.

Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1443H
 

RELATED .. Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

1 Muharam 1443 Hijrah jatuh pada 10 Ogos 2021. Manfaatkan hari cuti satu malaysia untuk kembali merenung diri. Muhasabah mana yang patut kena tinggal benda-benda yang tak berfaedah. Tinggalkan di belakang sebagai pengajaran dan sempadan. Pandang dan melangkahlah ke depan dengan iltizam yang jelas dan lebih baik dari sebelumnya.

Maal Hijrah 1 Muharam 1443H - Merentasi Norma Baharu



Bila sebut hijrah, tentu kita faham secara asasnya kita kena berpindah. Pindah ke mana? Dari mana? Dalam konteks fahaman seorang mukmin, kita tanamkan azam pindah dari perkara tak baik kepada baik dan lebih baik. Menjadi seorang muslim yang baik kepada terbaik dan cemerlang. Kalau boleh dalam segenap segi fizikal dan mental. 

Maal Hijrah 1443 Hijriah bersamaan 11 Ogos 2021 disambut dalam keadaan negara mengalami norma baharu. Di mana berkumpul ramai-ramai pun tidak digalakkan manakala banyak aktiviti hiburan telah disekat seketika dilaksanakan di khalayak ramai atau umum.

RELATED .. 20 Peristiwa Yang Berlaku Dalam Bulan Muharam

Allah SWT menguji kita semua mengikut kemampuan kita. Alhamdulillah.. saat diuji dengan covid-19, negara kita dapat melaluinya dengan amat berjaya dan terkawal. Namun, siapa menduga wabak ini berlanjutan sehingga kini dan jumlahnya semakin meningkat. Kita semua tidak boleh menjadi kita yang dahulu. Secara tak langsung satu dunia telah berhijrah. Ke arah yang lebih baik.

Kepada umat islam semua di seluruh dunia, saya ucapkan selamat menyambut Awal Muharam 1443H bersamaan 11 Ogos 2021. Ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk, tekad berubah menjadi lebih bermanfaat kepada orang lain.
 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close