Penghulu Bagi Doa Bagi Mohon Keampunan

Penghulu Bagi Doa Memohon Keampunan. Pohonlah keampunan kepada Allah, dari pagi, petang, siang ataupun malam. Selagi ada kesempatan, jangan berhenti berharap kepada Allah agar mengampunkan doaa-dosa kita. Jangan sombong berdoa kepada Allah.. Dia Maha Kaya. Bila Allah dah sayang kat kita, mohon apa saja kebaikan selepas itu, pasti ada jawapannya. 

Keajaiban itu telah berlaku kepada diri saya sendiri. Baru-baru ini saya melihat jumlah wang RM1,000 dalam wallet sambil membaca doa Nabi Sulaiman (kecukupan rezeki). Sambil berbisik dalam hati, kalau lah ada orang bagi lagi RM70,000 esok lusa.. boleh lah mula modal niaga. Selang sehari lepas tu.. ada rezeki duit masuk RM60,000. Ya Allah.. terkejut saya. Duit tu adalah duit yang saya pinjamkan pada seseorang sebelum tu, lebih kurang dekat 2 tahun lebih. 

Alhamdulillah! 
Alhamdulillah! 
Alhamdulillah!

Nikmat TuhanMu yang manakah nak kau dustakan??


Sebab tu antara hikmah orang yang sabar bila ditimpa musibah adalah dia memohon kepada Allah agar digantikan segala musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik darinya.

Penghulu Doa Bagi Memohon Keampunan


Doa ini adalah dari himpunan doa YB Dato bekas menteri agama iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad al Bakri. Semoga mendapat manfaatnya dan amalkan dalam kehidupan seharian kita.

Penghulu Bagi Doa Bagi Mohon Keampunan

Maksudnya:

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. ENGKAULAH yang menciptakanku dan aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku padaMu (iaitu aku mentauhidkanMu). Dan aku yakin akan janjiMu (berupa syurga untukku), dengan sedaya upayaku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.
 

Penghulu Doa Bagi Memohon Keampunan boleh diamalkan setiap kali lepas solat fardhu. Masukkan ia dalam senarai doa kita kepada Allah. Jadikan ia doa lazim kita yang kita munajatkan. Insya Allah, Dia akan makbulkan apa yang kita hajatkan itu.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close