Kenali kacang macadamia. Kacang macadamia berbentuk bulat, jenis buah-buahan yang sangat keras, di mana sangat sukar untuk memisahkan isi dari kulitnya. Antara ciri macadamia ialah, yang pertama adalah isinya yang manis, berwarna putih. Ia boleh digoreng, atau ia boleh dimakan segar, sedikit masin sebelum diproses. Rasanya agak seperti hazelnut, tetapi lebih berkhasiat dan lebih enak. Biji-bijiannya menghasilkan minyak yang sangat baik. Ia lembut, hampir tidak berwarna, mempunyai dan seakan tidak berbau.



Kacang macadamia berasal dari pohon macadamia yang habitat aslinya adalah Australia. Ada berbagai nama yang digunakan untuk menyebut kacang termahal di dunia ini, iaitu kacang queensland, semak, maroochi, hawai dan bauple.
![]() |
| Saya beli dari Shoppe dengan harga RM21 untuk bungkusan 140 gram. Memang sedap!! |
Kacang macadamia di atas, saya beli yang telah dipanggang dengan garam laut. Rasanya jadi amat berlemak, bila kunyah lama-lama akan terhasil minyak dari kacang tersebut. Minyak itulah yang amat bagus untuk kesihatan kita.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Khasiat Kacang Macadamia Yang Ramai Tak Tahu
Nak tahu khasiat kacang macadamia? Ia kacang terbaik yang banyak mengandungi khasiat dan baik untuk kesihatan.
Bentuk buahnya sendiri tetap sama, iaitu keras dan berkayu dengan permukaan yang runcing.
Jika bahagian kulit kayunya dibuka, kamu akan menemukan 1-2 biji kacang berwarna cokelat muda.


Jom kita lihat khasiat kacang macadamia, antara kacang termahal di dunia. Kacang macadamia dijual pada harga yang berbeza-beza mengikut negara. Contohnya di Australia, 1kg dijual pada harga RM169, siap kopek. Di Malaysia, 1kg roasted macadamia yang belum dikopek, boleh mencecah RM69 hingga RM89.
Kacang macadamia siap process gred A, 500 gram boleh mencecah RM152.
✅ Boleh mencegah kanser
✅ Baik untuk otak
✅ Membantu dalam penurunan berat badan
✅ Meningkatkan kesihatan jantung
✅ Boleh menurunkan paras kolesterol, kaya nutrisi
🔸️ Kalori: 204
🔸️ Lemak: 23 gram
🔸️ Protein: 2 gram
🔸️ Karbohidrat: 4 gram
🔸️ Gula: 1 gram
🔸️ Serat: 3 gram
🔸️ Mangan: 58% dari kebutuhan harian
🔸️ Tiamin (Vitamin B1): 22% dari kebutuhan harian
🔸️ Tembaga: 11% dari kebutuhan harian
🔸️ Magnesium: 9% dari kebutuhan harian
🔸️ Vitamin B6: 5% dari kebutuhan harian
Pengambilan kacang macadamia yang sesuai:
🔹️ Jangan memanggang kacang dengan suhu yang terlalu panas, bahkan kamu lebih disarankan untuk memakannya dalam keadaan mentah atau light roasted
🔹️ Jika membeli kacang dalam bentuk siap dimakan, perhatikan apakah kacang diberi tambahan kandungan garam, gula, atau minyak
🔹️ Pastikan kamu tidak memiliki alergi kacang sebelum mengambilnya
Semoga peminat kacang Macadamia dapat membaca segala asal usul kacang termahal di dunia ini dan mendapat manfaat dari khasiat kacang Macadamia.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.