Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna Al Badii'

Berdoa Dengan Asmaul Husna al Badii'. Al Badii' ertinya Maha Pencipta. Yang Tiada Tandingan / Tiada Tolok Banding / Maha Pemula / Maha Pencipta Yang Baru – Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya, iaitu Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.


Maka berdoalah dengan asmaul husna al Badii' ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah. Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Berdoa Dengan Asmaul Husna al Badii'


Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik). – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Al Badii'


1. Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:


Berdoa Dengan Asmaul Husna Al Haadii


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:



Ya Badii'  = 500 kali


Ertinya : 


Al Badii' maksudnya Maha Pencipta. Yang Tiada Tandingan / Tiada Tolok Banding / Maha Pemula / Maha Pencipta Yang Baru – Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya, iaitu Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu

Fadhilat asmaul husna al Badii' 


a) Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & ingin menjayakannya, maka zikirkanlah ‘ Ya Badii’ ’ sebanyak 500 kali selepas solat fardhu. Insyaallah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

b) Jika merancang suatu pengembaraan atau perjalanan, amalkanlah zikir ‘ Ya Badii’ ’ini sebelum tidur sebanyak mungkin, InsyaAllah akan diberi ilham dan petunjuk bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

c) Sesiapa menyebut ‘ Ya Badii’ ’ 70 kali berulang-ulang, diikuti dengan doa (Ya Allah! Dikaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini). InsyaAllah kesusahannya akan hilang.

d) Amalkanlah zikir ‘ Ya Badii’ ’ ini sebanyak 1000 kali pada setiap hari. InsyaAllah akan menghilangkan kesusahan dan kesedihan.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:


Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

3. Blog Ibnu Hasan Site

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close