Belimbing Buloh Asam Boi

Belimbing Buloh Asam Boi. Hmm.. masih terasa masamnya belimbing buloh @ buluh ketika saya masak bersama dengan sambal sotong hari tu. Kini, ada pulak orang bagi idea suruh buat belimbing buloh asam boi!! Aduii.. sedap ke? Boleh telan ke? Tak masam giler ke nanti. Hah, macam-macam pertanyaan saya pada diri sendiri. 

Terbaca dalam satu grup resepi ni dia ajar nak buat belimbing buloh asam boi. Kita simpan resepi di blog ini untuk rujukan pada masa bila teringin nak buat belimbing buloh asam boi tu ya.

Belimbing buloh pun banyak khasiatnya tau. Baca kat link ni jika nak tahu.


Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Belimbing Buloh Asam Boi


Kalau sesiapa yang ada pokok belimbing buloh tu jangan lah biarkan dia luruh dan busuk macam tu je. Sayanginya. Kita boleh buat belimbing asam boi. Mak oii sedapnya sampai boleh dikunyah gitu je sampai setengah piring sekali hadap...

Belimbing Buloh Asam Boi


Meh saya ajar buat...

Bahan-bahan:

Belimbing buloh
Garam
Air suam
Gula
Cili padi
Cuka
Asam boi putih (masam/masin)


Caranya:


1. Setengah kilo belimbing yg siap dibersihkan, masukan dlm bekas plastik dan masukkan garam dua sudu besar dan tuangkan air suam 500grm. Biarkan seharian untuk buang getah dan kurangkan rasa masam belimbing tu.

2. Lepas seharian buang air garam tu dan masukkan tujuh sudu gula, lima biji cili padi merah, lima sudu besar cuka, tiga sudu besar garam dan sepuluh biji asam boi puteh (asamasin).

Belimbing Buloh Asam Boi

3. Kacau rata rata dan tuangkan air suam 500gm aja ye. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama dua hari baru boleh makan sebab nak bagi rasa asam boi meresap dalam belimbing. Lagi lama lagi sedap.

Selamat mencuba.

Dah tengok resepinya? Amacam? Dah tak masam la kut sebab dah kena rendam berhari-hari dengan air garam tu kan..

Catat Ulasan

0 Ulasan

close