Macam Mana Nak Kira Fidyah Puasa Yang Ditinggalkan?

Macam Mana Nak Kira Fidyah Puasa Yang Ditinggalkan? Puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti pada tahun semasa ramadhan dijalani, hendaklah diganti puasa tersebut dan bayar fidyah sekali. Maksudnya jika anda sihat walafiat, sengaja tinggal puasa dan tak sempat gantikan puasa tersebut, maka anda kena buat kedua-duanya iaitu ganti puasa dan bayar fidyah. Haa.. kan dah pusing-pusing saya explain tu, saya pun makin keliru. 

Sebelum semua orang keliru, jom kita baca dan rujuk perkongsian dari MAWIP tentang perkara ini. Juga, pelajari cara nak kira fidyah puasa.

Macam Mana Nak Kira Fidyah Puasa Yang Ditinggalkan?


Puasa adalah rukun islam ke tiga dan wajib dilaksanakan oleh semua umat islam tak kira tua muda, sihat atau sakit dan sebagainya. Jika sakit atau uzur, ada penjelasannya di merata media sosial atau portal ustaz-ustaz. Jangan bagi alasan "tidak tahu" pada zaman semua ilmu boleh diperolehi merata-rata. Okay !!

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Macam Mana Nak Kira Fidyah Puasa Yang Ditinggalkan?
Contoh kira fidyah yang simple

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa." - surah al Baqarah: 183


TAKSIRAN FIDYAH


(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH



KADAR BAYARAN FIDYAH


Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2019, secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.


KONSEP GANDAAN BAGI PENENTUAN BAYARAN FIDYAH


Apabila seseorang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM 4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM 36.00. - sumber


Semoga perkongsian di atas dapat memberikan jawapan kepada persoalan anda semua tentang cara nak kira fidyah. 

Semoga bermanfaat.

NOTA:

Untuk penjelasan lanjut, boleh terus ke website sumber

Catat Ulasan

0 Ulasan

close