Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Musang King Durian Kotak, Tetap Asli Rasanya
Alhamdulillah. Durian kotak (isi durian je) musang king telah mendarat di rumah kami sebelum maghrib tadi. Ini bukan frozen durian tau, ni durian segar dari ladang. Cuma dia dijual tanpa kulit. Harganya? Boleh tahan, ada sekilo dijual dari RM150 - RM160. Terpulang korang nak pilih yang mana punya.
Antara ciri musang king adalah isi durian memanjang dan runcing di hujung serta nipis bijinya. Kuning keemasan, manis rasanya lemak berkrim!
Warna kuning menyala durian musang king antara trade mark yang menarik perhatian ramai. Siapalah tak terliur bila nampak depan mata, lagi-lagi yang lalu lalang kat group FB. Memang kena sambar satu jawabnya!
Oleh kerana rasanya yang manis, maka durian musang king atau apa-apa jenis durian tidak digalakkan kepada penghidap diabetes. Bahaya tau. Kalau sekadar rasa seulas tak mengapa.
Selamat menjamu selera jika anda dah dapat beli durian idaman anda.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.