Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Formula Pengiraan Faedah Persaraan Seperti Pencen Dan Ganjaran Perkhidmatan

Cara Formula Pengiraan Faedah Persaraan Seperti Pencen Dan Ganjaran Persaraan. Entri ini khas untuk kakitangan awam di seluruh Malaysia. Bagi kakitangan awam mereka ada satu skim ganjaran yang memaanfaatkan golongan selepas bersara samada bersara awal atau pun bersara penuh. Biasanya orang panggil pencen, iaitu tertakluk kepada skim pilihan masing-masing bagi membantu menjalani usia tua nanti. Ada yang pilih skim KWSP dan ada yang pilih pencen. Terpulang. Jika suami isteri kerja kerajaan, mungkin salah seorang boleh pilih salah satu skim. 

Di bawah ini dikongsikan formula pengiraan faedah ganjaran persaraan yang bakal diperolehi oleh si polan dan si polan apabila telah tamat perkhidmatan nanti. Semoga bermanfaat.

Cara Formula Pengiraan Faedah Persaraan Seperti Pencen Dan Ganjaran Persaraan 




Bagi anda yang dah nak bersara, pasti tertanya-tanya berapakah anggaran faedah persaraan yang bakal diperolehi nanti. Jom kita semak contoh di bawah:

1. Formula pengiraan faedah persaraan,  pautannya sekali. Klik pada pautan yang dikongsi ini, anda boleh dapatkan berapa anggaran kadar faedah persaraan yang bakal diterima apabila anda berhasrat untuk memilih bersara wajib atau pilihan. 

Masukkan maklumat yang tepat, anda boleh dapat anggaran kadar faedah persaraan yang betul. Tertakluk maklumat yang kalian masukkan. 

2. Klik pautan di bawah ini bagi pengiraan faedah persaraan bagi 



3. Klik pautan di bawah ini, bagi pengiraan faedah persaraan bagi 

Persaraan Pilihan,



Sekian harap bermanfaat. Terima kasih 😊. 

 
Soal Jawab:

1. Nak tanya, untuk ganjaran perkhidmatan tempoh perkhidmatan terhad pada 360 bulan juga ke?

Jawapan:

Pengiraan ganjaran persaraan mengikut tempoh sebenar perkhidmatan, sementara pencen dikira mengikut perkhidmatan terhad pada 360 bulan sahaja. Walau anda telah berkhidmat melebihi 360 bulan.

Umur Persaraan Wajib


Umur persaraan wajib penjawat awam bagi yang telah memilih opsyen umur 60 tahun, adalah masih 60 tahun. Bukan bermaksud, tak boleh bersara lagi awal. Boleh bersara lagi awal. Tiada masalah. 

Boleh bersara seawal umur 40 tahun dengan syarat tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sekurang²nya 10 tahun. 

Bersara seawal pada usia tersebut, apa yang layak terima? Kalau anda cukup syarat bersara pilihan seawal usia 40 tahun, anda sudah layak bergelar 'pesara Kerajaan'. 

Anda sudah boleh terima faedah berikut bagi yang berada dalam Skim Pencen : 

1. Kad Pesara (bagi melayakkan rawatan /perubatan percuma di premis kesihatan Kerajaan termasuk pasangan dan ibu bapa),

2. Ganjaran Perkhidmatan; dan 

3. Award Wang Tunai GCR 

Pencen bulanan sahaja kena tunggu, dan boleh terima nanti pada usia 55 tahun, sekiranya kalian dilantik selepas tarikh 12 April 1991. 

Untuk terima pencen pertama pada bulan hari lahir ke 55 tahun tu, pastikan akaun bank yang telah anda daftarkan semasa urusan persaraan anda dahulu, masih aktif. 

Jumlah yang diterima pada bulan pertama adalah mengikut bilangan hari anda telah masuk usia 55 tahun. Kalau dilahirkan pada 1 hb, dapatlah penuh. 

Contoh: 

Kalau dilahirkan pada hujung bulan 30 hb, kiraan pencen pada bulan tu, dikira 1 hari sahaja. Berbeza. Masuk bulan berikutnya, baru dapat bayaran penuh. 

Ramai teruja apabila terima bayaran pencen pertama. Kami pun tumpang teruja 😆. 

(Ramai yang tidak arif juga yang bayaran pencen bulanan layak mulai mencecah umur layak terima dan dikira 'proportionate' ikut hari pesara layak terima sehingga hari pesara itu meninggal dunia.)

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close