Doa Tidak Akan Ditolak Dengan Membaca Ayat Ini
Subhanallah! Siapalah yang tak nak menjadi hamba kesayangan Allah, di mana segala doa hajat dan impian sentiasa dimakbulkan, dalam masa yang cepat pulak tu. Betul tak?

Bacalah doa di atas ini setiap kali selepas solat fardhu sebanyak 7 kali, insya Allah doa tidak akan ditolak.
Menurut ustazah Norhafizah Musa, amalkanlah membaca ayat ini sebelum berdoa, insya Allah segala doa akan termakbul.
Jom baca dan amalkan, maksud ayat/ doa ada di bawah:





Tuhanku, aku mohon (pertolongan) kepadaMu, aku bersaksi bahawa Engkau adalah Allah, tiada Tuhan selain Engkau Yang Maha Esa. Tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan. Serta tiada apapun yang menyamainya.
Fahami maksud doa tersebut, tanda penyerahan diri kepada Allah dan dengan ikhlas sepenuh hati kita meyakini Allah lah segalanya bagi kita.
Semoga hajat dan impian yang baik-baik Allah makbulkan. Kita berusaha dengan segenap tenaga, dan urusan yang seterusnya biarlah Allah yang mengaturkan untuk kita.
Dan dalam doa yang terbaik adalah apabila kita turut mendoakan kepada seluruh umat muslimin di seluruh dunia.
Masya Allah..

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.