Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Nak Kenal Perangai Sebenar Seseorang

Tips Kenali Perangai Sebenar. Nak kenal orang lain atau orang lain nak kenal kita. Jadi, ada caranya macam mana nak kenal perangai sebenar seseorang. Jika anda sedang mencari pasangan hidup samada anda seorang lelaki atau perempuan, boleh praktikkan cara di bawah. Mesti kenal hati budi dan perangai sebenar seseorang tau kerana anda akan hidup bersama dengan orang itu. Jangan ambil enteng kerana percayalah, jika anda sempat "buat kerja" dan selidik latar belakang dia.. anda akan hidup dalam ketenangan. 

Tips Nak Kenal Perangai Sebenar Seseorang

Tips Kenali Perangai Sebenar Seseorang


Ada beberapa tips untuk kenal perangai sebenar seseorang. Sebab itu sebelum buat keputusan untuk menerima seseorang yang bakal jadi pasangan hidup atau rakan, selidiki dulu perkara-perkara berikut;


1. Tengok dia cerita benda baik atau buruk.

Kalau dia selalu puji dan cerita baik pasal orang, dia ok. Tapi kalau dia sentiasa kutuk parent dia, guru dia atau members dia, ketahuilah bahawa dia jugak kutuk anda belakang anda.

2. Tengok ATTITUDE dia waktu marah.

Kalau nak tengok akhlak seseorang calon tu, tengoklah perangai dia waktu dia marah. Cara dia layan orang yang dia benci.

Jangan tengok cara dia layan best friend, famili atau orang yang dia sayang. Hitler pun layan elok orang yang dia sayang.

Nabi s.a.w pesan bahawa orang yang kuat bukanlah orang yang paling pandai bertumbuk tapi orang yang paling penyabar.

Kalau dia nampak alim pun, kalau bahasanya kesat dan hina bila dia marah,  hati-hatilah.

Sebabnya dia akan guna bahasa jenis tu ke atas anda bila dia marah kat anda.

3. Tanya orang yang musafir dengannya.

Zaman Saidina Umar dulu, seorang laki ni nak jadi penjamin. Saidina Umar tanya bakal penjamin tu samada dia kenal betul orang yang nak dijamin. Rupanya, tak kenal sangat.

Saidina Umar tanya samada pernah travel bersama pasal ini membolehkan kita kenal dia. Pun tak pernah.

Rupanya, bakal penjamin tu sanggup jadi penjamin pasal orang yang nak dijaminnya tu nampak alim dan kaki masjid.

Saidina Umar suruh orang tu balik dan jangan jadi penjamin pasal sebenarnya orang tu tak kenal pun orang yang nak dijaminnya.

4. Pastikan orang tu takde ciri munafik.

Orang munafik ni bila dia janji kat orang, dia khianat.

Bila bercakap, dia menipu. 

Bila bergaduh, dia berlebih-lebihan. 

5. Tengok cara dia handle power.

Tengok perangai dan kelaku dia bila dia diberi kuasa. Kalau dia sibuk jatuhkan orang, buat duit atau aniaya orang, itulah wajah sebenar dia.

6. Tengok circle kawan-kawan dia.

Tengok siapa members dia. Dia luang masa dengan siapa. Kalau kawan dia jenis yang positif dan konstruktif, dia pun gitu. Kalau kawan kawan dia jenis perasan maksum dan mengamuk bila ditegur, dia pun gitu. 

7. Bahasa.

Tengok jenis bahasa dan ayat yang dipilih. Kalau dia jenis yang lembut, positif dan friendly, kita akan nampak daripada bahasa dia.

Kita rasa seronok berbual dengan dia. Kalau dia jenis bahasa teruk, orang sanggup tukar jalan dari bertembung dengan dia.

Satu tips last...

Jangan sesekali judge seseorang based on kecantikan fizikal dia semata-mata. 

The truth is, everyone is beautiful. It just takes the right person to see it.

Wassalam

Credit to Yazid

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close