


Harga Emas Turun? Beli Cincin Lotus Penghias Jari
Hari emas turun harga, terus saya lock cincin emas 916 berbentuk bunga Bakawali. Cincin emas yang agak rare bentuknya, menarik perhatian saya.
Cincin emas seberat 5.97 gram, pada harga RM260 segram. Elok tersalut dijari manisku! Hehe..


Comel kan cincin corak bakawali/ lotus saya tu. Coraknya agak special, kalau majlis special pun boleh pakai.
Sekarang ni harga emas turun lagi, ada kedai emas dah start jual pada harga RM246/ gram. Kalau korang ada rezeki lebih, bolehlah simpan atau tambah koleksi emas anda. Beli emas tak rugi pun, kalau harga jatuh taklah jatuh ke paras tiada nilai. Lagipun ia win-win situation di mana jika anda tak nak jual, boleh dipakai setiap masa di bawa ke mana saja. EMAS adalah bentuk harta yang amat fleksibel.
Semoga anda dapat kilauan emas yang diinginkan.
0 Ulasan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.