Resepi Gulai Kari Ikan Masin

Resepi gulai ikan masin. Suka tak? Ada sesetengah orang tak makan ikan masin. Saya pun sekarang ni tak berapa nak makan sebab susah nak cari ikan masin zaman sekarang ni. Lagi-lagi yang sedap dan tak masin sangat. Dedulu zaman kecik-kecik, ikan masinlah lauk harian kami. Ikan masin yang ikan gelama tu dengan ikan sepat. Hmm.. terliur bila ingatkan kenangan tu. 

Sekarang ni kalau shopping kat supermarket, jarang nampak ikan masin, lebih lagi jika baunya "wangi" yaa amat. Maka nak cari ikan masin yang bau harum tu, korang kena rajin cari kat kedai runcit yang kecik tu. Banyak pilihan ikan masinnya.. oh ya, saya nak share resepi gulai ikan masin kat bawah. Lebih sedap jika guna ikan masin kurau..
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!πŸ’–πŸ’₯
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Resepi Gulai Kari Ikan Masin 


Resepi Gulai Kari Ikan Masin

Resepi Gulai Kari Ikan Masin


Bahan-bahan:

Ikan Masin.. (Talang, tulang ikan merah, kurau pun ok)
Serbuk kari ikan, Akak campur sikit dgn serbuk kari daging
(Akak guna jenama BABAS) 
Nenas manis
Terung
Santan pekat
Cili kisar
Air secukupnya(ikut kuah nak byk mana)
Bawang merah (di kisar)
Halia (di kisar)
Bawang Putih (di kisar)
Cili besar hijau di belah dua
1 tangkai daun kari
Perasa(garam, gula jika perlu)

(#KUANTITI bahan ikut citarasa sendiri)

Cara Masak Gulai Ikan Masin


1. Kisar halia, bawang merah, bawang putih. Kemudian campurkan bahan kisar, bersama cili kisar dan serbuk kari dgn sedikit air, kacau sebati..

2. Panaskan minyak.. Tumiskan bahan rempah  dan daun kari yg di gaul sebati tadi, hingga rempah masak dan naik minyak

3. Kemudian masukkan santan dan air biar hingga mendidih

4. Masukkan ikan masin biar seketika.. masukkan nenas dan terung sehingga nenas dan terung lembut..

5. Masukkan cili besar hijau

6. Kemhdian, boleh letak garam atau perasa jika perlu.. ## RASA DULU SEBAB IKAN MASIN DAH MASINπŸ˜„) 

Dah masak boleh di hidangkan gulai ikan masin tu. Makan baca Bismillah, takut habis nasi satu periuk. Sedap sangat tu..

Selamat mencuba ya πŸ’₯❤

Catat Ulasan

0 Ulasan

close