Sambal Tumis Udang Kering Untuk Nasi Lemak

Resepi Sambal Udang Kering. Dimakan dengan nasi lemak pandan pulak tu.. naik harum baunya hingga semerbak satu rumah. Memang semua orang dalam rumah akan menuju ke meja makan la jawabnya.. haha

Ini first time saya cuba masak sambal tumis udang kering. Memang tak sangka la, memang sedap dan lazat kejadiannya. Dan sambal tumis udang kering ni juga korang boleh jadikan ibu sambal untuk mudahkan masak. Boleh buat stok untuk seminggu.. bila ada ibu sambal dalam rumah, kerja memasak jadi mudah dan seronok. Kalau nak buat ayam sambal, just goreng ayam dan tumis dengan ibu sambal. Mudah kan?
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

RESEPI SAMBAL UDANG KERING UNTUK NASI LEMAK



Sambal Tumis Udang Kering Untuk Nasi Lemak

Bahan-bahan:

2 gengam Cili Kering direbus buang biji *
2 biji bawang besar*
4 biji bawang putih *
Segengam udang kering *
2 Biji Bawang besar - Hiris
Garam /Gula kabung / Asam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara masak sambal udang kering paling sedap!


1. Blender halus semua bahan yang bertanda (*)

2. Panaskan minyak dan masukkan bahan diblender. Masak sampai pecah minyak dan guna api kecik. Gaul sampai tukar warna merah pekat. 

3. Masukkan bawang, garam, gula kabung & air asam jawa. Gaul lagi sampai bawang lembut dan textur sambal macam kering sikit. Pastu rasa dah sedap, boleh lah angkat.

Rasanya amatlah sedap sambal tumis udang kering ni, lebih sedap dari sambal ikan bilis yang biasa kita buat untuk makan dengan nasi lemak. 

Selamat mencuba!

Catat Ulasan

0 Ulasan

close