Lifestyle Resepi Info Terbaik

Sup Tauhu Telur Sedap Yang Amat Simple

Sup Tauhu Telur Sedap Yang Amat Simple. Ni lah first time saya masak tauhu jepun @ tauhu telur kat rumah. Selama ni saya tak pernah beli atau cuba masak tauhu telur. Makan kat kedai dah selalu. Bila makan sup tauhu telur kat restoran, dia caj mahal jugak untuk seketul/ separuh. Memang mahal kut, hish geram je. Tapi sebab suka makan, kita ambik je... yang penting bayar. Betul tak?

Ada yang kata susah nak masak tauhu jepun @ tauhu telur? Sebab tu saya tak pernah beli. Bila dah beli sendiri, baru tahu. Rupaya tauhu tu lembut yaa amat.. pegang kena berhati-hati. Nak bukak dari plastik dia pun hampir terkucil.. nasib tak jatuh atas lantai. Jika tidak, memang tak boleh diselamatkan. hehe... yang mudahnya, korang goreng dulu sampai kekuningan sebelum masak apa jua resepi. Barulah tauhu tu dapat diselamatkan. Lepas dah potong, jàngan biar lama-lama. Nanti dia macam cair sikit gitu.. itulah pengalaman saya.. hihi

Sup Tauhu Telur Sedap Yang Amat Simple

Sup Tauhu Telur Sedap Yang Amat Simple
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Sup Tauhu Telur Sedap Yang Amat Simple


Cara buat sup tauhu telur yang amat mudah, main campak-campak je dah siap! Tak pakai minyak banyak sangat, sekadar guna sikit minyak untuk menumis bawang & rempah 3 serangkai.

Sup Tauhu Telur Sedap Yang Amat Simple

Tak kenal rupa tauhu telur? Ni ha.. ada gambar kat bawah. Korang selalu nampak tapi tak tahu apa kan? Macam saya dulu la... tak kenal maka tak cinta. Betul tak? 

Sup Tauhu Telur Sedap Yang Amat Simple


Bahan-bahan:

3 biji tauhu telur - potong ikut suka, dan goreng kekuningan
1 batang lobak merah - potong kasar
1 biji bawang besar merah - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1 mangkuk sawi hijau - hiris
2 sudu besar rempah sup adabi - bancuh dengan air sekadarnya (bukan sup bunjut tau)
2 keping fish cake - hiris kecil
2 biji tomato - potong kasar
2 batang daun sup - hiris halus
Rempah 3 serangkai- kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang (sikit je)

Cara menyediakan sup tauhu telur yang paling sedap


1. Panaskan minyak. Tumis rempah 3 serangkai bersama dengan bawang putih & bawang merah hingga naik bau dan garing. 

2. Masukkan air sedikit. Kemudian masukkan lobak merah tadi. Biar lembut sedikit. 

3. Kini masukkan pulak serbuk rempah sup yang telah dibancuh dengan sedikit air tadi dan kacau rata. Bila dah didih, masukkan bahan-bahan lain seperti sawi, fish cake, tomato, tauhu telur dan daun sup.

4. Biar seketika, perisakan dengan garam secukupnya.

Selesai. Selamat mencuba sup tauhu telur yang amat sedap tu, memang main campak-campak je masaknya. Keluarga korang mesti suka. Bagus jugak jika nak jadikan menu diet harian. 

Semoga bermanfaat. 

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close