Lifestyle Resepi Info Terbaik

Buah Pisang Kaki Atau Persimmon Fruits

Buah Pisang Kaki Atau Persimmon Fruits. Buah pisang kaki merupakan buah manis dan berair musim sejuk yang berasal dari Tenggara China dan termasuk dalam kumpulan buah-buahan keras. Ada empat variasi pisang kaki yang berbeza iaitu Jepun, Amerika, India.

Berasal dari negara-negara bermusim, buah pisang kaki agak mahal harganya kerana ia agak bermusim dan sukar di dapati sepanjang masa.

Buah Pisang Kaki Atau Persimmon Fruits

Buah Pisang Kaki Atau Persimmon Fruits

Buah Pisang Kaki Atau Persimmon Fruits


Buah pisang kaki banyak khasiatnya. Saya pun suka dengan pisang kaki sebab buahnya yang rangup dan manis bila telah masak. Kita kena pandai pilih bila beli kat pasaraya kerana ada ketika tertipu dengan warna kulit nya yang kelihatan segar. Tapi bila dimakan, ia telah rosak.

Buah pisang kaki tak murah tau harganya. Ada yang jual sekilo pada harga RM20. Ada pula yang jual sebiji buah piisang kaki dengan harga RM9.90. Macam tak percaya pulak.. 

Di kawasan saya ada yang jual RM100 untuk 49 biji buah pisang kaki atau persimmon fruits.

Buah Pisang Kaki Atau Persimmon Fruits

Pisang kaki kaya dengan vitamin A, vitamin C, magnesium, kalium, beta-karotena dan vitamin B yang lain yang sangat penting seperti zeaxanthin, karotenoid dan mineral.

Buah Pisang Kaki Atau Persimmon Fruits

Khasiat Buah Pisang Kaki


1. Kaya dengan zat Vitamin C, Beta Carotene (Pro Vitamin A), Zat galian dan bahan antioksidan yang lain.

2. Baik untuk kesihatan di mana ia kaya dengan zat seperti Vitamin C, Sukros, Fruktos, Glukos dan Iodin yang sesuai dalam mengawal tekanan darah tinggi dan meningkatkan pengaliran darah serta melicinkan peredarannya dalam koronari.

3. Mengelakkan masalah sembelit dan juga dapat meredakan masalah sedu.

4. Baik dimakan untuk kesihatan paru-paru dan jantung kerana mengandungi serbau warna putih iaitu bahan manitol, glukos dan vitamin C.

5. Tannin yang terdapat dalam pisang kaki ini juga dipercayai boleh digunakan bagi merawat strok.

6. Mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mengandungi hampir dua kali ganda serat pemakanan.

Dengan khasiatnya yang banyak, saya pasti anda semua pun akan suka dengan buah pisang kaki ini.

Namun jangan diambil secara berlebihan kerana kandungan glukos yang tinggi tidak sesuai untuk penghidap kencing manis.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Saya pun peminat pisang kaki. Jun lepas singgah di Kundasang, terpandang pisang kaki. Nak beli sekilo. Bila tanya harga sekilo RM40. Ya Allah... mahalnya, tak masuk akal. Tak jadi beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Amie, harga buah pisang kaki boleh tahan mahal. terutama yg diimport dari Korea..

      Padam

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Random Posts

close