Penawar Jiwa Resah Dengan Amalkan Zikir Ini iaitu Laa Haw Lawala Quwwata Illa Billahil 'Aliyul'adziim. Inilah penawar bagi jiwa-jiwa yang resah gelisah. Jiwa resah sebab banyak masalah,? Cara menenangkan jiwa adalah dengan berzikir. Ada banyak bacaan zikir yang boleh diamalkan untuk kita melalui hari yang sedikit muram dan gundah. Di antaranya adalah zikir Laa Haw Lawala Quwwata Illa Billahil 'Aliyul'adziim.


Di riwayatkan daripada Abu Zar, "Kekasihku Rasulullah SAW berpesan kepadaku dengan beberapa ciri kebaikan :
Penawar Jiwa Resah Dengan Laa Haw Lawala Quwwata Illa Billahil 'Aliyul'adziim
Apakah korang sedang dalam keresahan? Jiwa seperti tidak berada di tempatnya, berkeliaran tak tentu arah. Maka, usahlah gundah gulana! Bacalah zikir Laa Haw Lawala Quwwata Illa Billahil 'Aliyul'adziim sebagai penawar Jiwa yang resah.


Amalkan zikir di bawah:
Laa Haw Lawala Quwwata Illa Billahil 'Aliyul'adziim
Kelebihan beramal dengan zikir ini:
Diriwayat daripada Abu Aiyub al-Ansari bahawa Nabi SWW bersabda yang bermaksud:
"Wahai Abu Aiyub, tidakkah kamu mahu aku ajarkan kamu kalimah daripada khazanah syurga?" Aku menjawab : Sudah tentu wahai Rasulullah, demi bapaku dan ibu sebagai tebusan untukmu."Sabda Rasulullah "perbanyakkan sebutan: "Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan izin Allah" -- ia adalah daripada khazanah syurga."
- Pandang orang yang dibawahku, dan jangan pandang orang yang di atasku
- Mengasihi dan mendampingi golongan miskin
- Menjalin hubungan persaudaraan sekalipun mereka menyisihkan aku
- Tidak memperdulikan celaan orang yang mencela demi kerana Allah
- Menyatajan kebenaran walaupun pahit
- Memperbanyakkan menyebut: "Tiada Daya dan tiada upaya melainkan dengan izin Allah," ia adalah daripada khazanah syurga."
Semoga perkongsian ini memberikan kita kegembiraan, menghilangkan keresahan dan merawat jiwa untuk lebih tenang.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



1 Comments
Setuju, dengan berzikir, boleh buat hati tenang. Selain zikir di atas, istighfar pun membantu juga. Kalau kita amalkan, macam magic. Ada je rezeki Allah beri dari sumber yang tidak disangka-sangka.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.