Lifestyle Resepi Info Terbaik

Beli Cheese Tart Sebab Dah Lama Teringin Nak Makan

Beli Cheese Tart Sebab Dah Lama Teringin Nak Makan. Dalam hujan yang agak lebat petang tadi kami ambil anak dari asrama. Perjalanan selama 2 jam itu telah membawa kami selamat sampai di Kulai sebab En suami nak berjumpa rakannya di UMW Toyota Kulai. Kemudian dalam keadaan jalan yang jem, terus singgah ke Aeon Kulai sebab nak cari telefon baru untuk si bujang bongsu ini. Budak baik sangat, telefonnya terjatuh dalam sinki kat asrama. Maka, kena lah ganti baru. Beli Oppo A95. Happy member sebab dah ada gajet baru. Kalau tidak muka monyok je.

Lepas tu berjalan masuk ke dalam supermarket Aeon. Beli makanan ringan dan alat mandian nak di bawa balik asrama. Habis jugak dalam RM214. Untuk dia je tu.. huhu

On the way keluar dari Aeon, ternampak pulak donat dan Cheese Tart. Dah lama teringin makan Cheese tart ni, maka beli lah sikit untuk tekak sendiri. Hehe..

Beli Cheese Tart Sebab Dah Lama Teringin Nak Makan

Dah makan masuk mulut dah, sedap nya!! Kalau korang suka makan cheese tart, egg tart dan sewaktu dengannya. Boleh la beli kat mana-mana ada jual, dapat makan sesekali apa salahnya.

Beli Cheese Tart Sebab Dah Lama Teringin Nak Makan

Beli Cheese Tart Sebab Dah Lama Teringin Nak Makan

You all nampak tak cheese tart yang saiz besar tu, 2 ketul tu memang sedap, SDS punya. Cheese start penuh terasa di mulut.

Beli Cheese Tart Sebab Dah Lama Teringin Nak Makan

Untuk ke semua tart yang saya beli di atas, harganya RM13.50 je. 

Alhamdulillah untuk rezeki hari ini.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

Random Posts

close