Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Biodata Datuk Onn Hafiz MB Johor Ke 19

Biodata Datuk Onn Hafiz MB Johor Ke 19. Nama penuh Datuk Onn Hafiz adalah Onn Hafiz bin Ghazi. Dilahirkan pada 2 Mac 1979 (umur 43 - 2022) di Simpang Renggam, Kluang, Johor,  Malaysia. Beliau menganggotai Parti politik UMNO, sekutu gabungan politik lain dalam Barisan Nasional (BN). 

Isterinya dikenali sebagai Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor adalah seorang peguam. Pasangan tersebut dikurniakan 4 orang anak. Ibu nya adalah Datin Roquaiya Hanim Hussein iaitu kakak kepada Dato Hishamuddin Hussein. Bapanya pula Dato' Ghazi Ishak.

YB Datuk Onn Hafiz memiliki seorang abang iaitu  Dato' Mohammed Rhiza Ghazi (peguam) dan adik iaitu Dr. Onn Ridzwan Ghazi. Kedua ibu bapa Datuk Onn Hafiz merupakan bekas peguam dan telah meninggal dunia.

Biodata Dato Onn Hafiz MB Johor Ke 19

Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari University of Hertfordshire, United Kingdom. 


Latar Belakang Politik Dan Pendidikan



Datuk Onn Hafiz bin Dato' Ghazi merupakan seorang ahli politik dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), berbangsa Melayu dari Johor. 

Beliau merupakan Menteri Besar Johor ke-19 yang mengangkat sumpah pada 15 Mac 2022 di hadapan Sultan Johor. Beliau juga Ahli Dewan Negeri Johor untuk Machap, bekas ADN Layang-Layang dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor (2020-2022) bawah pimpinan Datuk Seri Utama Hasni Mohammad.

Cicit Allahyarham Onn Jaafar berusia 43 tahun ini telah berkecimpung dalam dunia politik apabila menyertai Pemuda UMNO Sembrong pada 2006 dan menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK).

Seterusnya diangkat sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Sembrong pada 2008 hingga 2012 sebelum dilantik Ketua Pemuda UMNO Sembrong selama tujuh tahun.

Kemudian di peringkat Pemuda Malaysia, beliau menang pertandingan merebut kerusi EXCO Pemuda UMNO pada 2012 hingga 2018.

Pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau menang dengan mendapat 7,449 undian ketika menentang Murugan A/L Muthu Samy daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 7,085 undi. Majoriti undi sebanyak 364.


Ringkasan Kerjaya Politik:

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-layang (2018 hingga kini)
  • EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan (2020 hingga kini)
  • Setiausaha politik kepada Menteri Pertahanan (2013-2018)
  • Ketua Pegawai Eksekutif KMB Educational Service Sdn.Bhd (2004-2012)
  • Price Waterhouse Coopers (PWC) (2001-2008)

Jawatan disandang dalam politik;

  • EXCO Pemuda UMNO pada 2012 hingga 2018
  • Ketua Pemuda UMNO Sembrong (2012-2018)
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Sembrong (2008-2012)
  • Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Sembrong (2006-2008)

Semoga bermanfaat.


Sumber:

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close