Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rantai Tangan Emas Tempah Dengan Ukiran Nama

Rantai Tangan Emas Tempah Dengan Ukiran Nama. Barang kemas terbaru yang saya beli, pada harga emas RM239/ per gram. Berat lebih 30 gram. Dicampur dengan kadar upah, maka harga ada naik sikit. Tapi tak pe, yang penting rantai tangan yang diimpikan telah dimiliki. Sebenarnya, dalam membeli barang kemas rantai tangan dengan ukiran nama tu, ada duit dari hasil berblog tau.. Alhamdulillah. Dalam blog yang tak berapa popular.. masih dapat income dalam RM500 sebulan. Dapat simpan, dapat berbelanja dan sebagainya.

Rantai Tangan Emas Tempah Dengan Ukiran Nama

Tapi bahagian rantai tangan tu bukanlah emas padu, ia emas 916 stamping. Sebab bahagian bawah dia kosong. Berat plak ukiran nama tu dalam 10 gram. 

Rantai Tangan Emas Tempah Dengan Ukiran Nama

Rantai Tangan Emas Tempah Dengan Ukiran Nama

Pada mulanya nak letak ukiran "style" je tapi last minute saya tukar "Enora" iaitu nama kedai emas impian saya. Sebetulnya, Ainora. Tapi sebab nak 5 huruf je, jadilah enora.. Hehe

Cara-Cara Nak Buat Rantai Tangan Dengan Ukiran Nama


1. Pergi ke kedai emas berdekatan anda
2. Lihat contoh yang mereka ada
3. Berikan cadangan nama yang anda suka
4. Ukur panjang rantai tangan dan panjang ukiran nama
5. Bayar deposit yang dinyatakan oleh kedai tersebut
6. Tunggu 2 minggu - 1 bulan untuk item yang ditempah itu siap
7. Untuk satu bentuk rantai tangan ukir nama, berat yang sesuai untuk rantai tangan saja adalah 20 gram ke atas. Kalau nak berat kurang boleh, tetapi design kurang cantik la..

Rantai Tangan Emas Tempah Dengan Ukiran Nama

Oleh kerana harga emas tengah turun waktu saya tempah rantai tangan ukir ni iaitu bulan Julai.. maka ada rezeki dapat lock emas pada harga sekian itu. 

Lepas ni nak beli bangle pulak.. dah ada yang terminat tu. Nanti kita kumpul duit lagi dan cuba beli. Kena ada impian kecil untuk mencapai perkara yang dihajati ya. Bermimpi itu percuma. Berangan pun percuma. Tapi kalau nak realisasikan.. kenalah membayar dengan sedikit keringat dan usaha.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close