Lifestyle Resepi Info Terbaik

Akhirnya Beli Rantai Tangan Paper Clip Love Gantung Yang Viral

Akhirnya Beli Rantai Tangan Love Gantung Yang Viral. Kebelakangan ini banyak betul fesyen terbaru barangan kemas 916 yang viral di pasaran. Macam-macam nama yang keluar, sampai naik pusing kita dibuatnya 😂😂 iya lah, duit macam air mengalir. Kena sabar sikit dan tunggu harga emas turun, tapi nanti fesyen dah tak ada pulak?😀😀

Kali ni saya terminat dengan satu rantai tangan paper clip dengan love gantung. 

RT ni tak la berat sangat.. berat dalam sekitar 16.74 gram. Kalau dikira pada harga emas RM249/per gram, harga RT tu RM4,180. Campur upah postage sikit.. rasa masih untung beli. 


Nampak tak kecomelan love gantung tu? Dia plain dan tak de corak. Sangat simple tapi menarik minat mata ni.



Love gantung ada berbagai saiz dan corak. Korang suka yang mana satu? Kalau suka bercorak... memang ada banyak fesyen, dari yang sepenuhnya emas kuning, rose gold atau emas putih. Semua ada.. love gantung kombinasi rose gold dan emas kuning pun cantik dan menawan.


Rupa penuh RT emas paper clip love gantung yang saya beli. Walau beratnya sekitar 16.74 gram, RT paper clip love ni kelihatan agak besar. Nampak puashati di pergelangan tangan 😍😅

Ada sesetengah barang kemas yang lama saya akan tukar dengan emas yang baru dan rekaan terkini. Beli emas ni win-win situation investment. Sebab apa? Sambil pakai sambil buat simpanan. Betul tak?

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close