Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Order Char Kuey Teaw Special Dengan Grab Food

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Order Char Kuey Teaw Special Dengan Grab Food. Dah berbulan saya tak guna Grab Food sebab anak-anak tak ada kat rumah, so selera nak makan sedap-sedap tu terbantut. Kini setelah anak bujang sulung kembali bercuti.. maka Grab Food saya kembali aktif. Dan duit pun macam air keluarnya. Bukan selalu, ya tak,?

Menu kami malam ni adalah char kuey teow special, kerana ada udang dan kerang.. hehe

Order Char Kuey Teaw Special Dengan Grab Food

Order Char Kuey Teaw Special Dengan Grab Food

Char kuey teow ni berbungkus dalam plastik di dalam polestrine. Setelah dah lama tak makan, saya merasakan masakan warung kegemaran saya ini telah berkurangan kesedapannya. Kuahnya pun agak cair dan macam kurang telur. Hehe.. tapi sebab lapar, habis jugak la char kuey teow saya.

Order Char Kuey Teaw Special Dengan Grab Food

Selain itu beli sebungkus nasi goreng kampung. Pedas la jugak tapi masih boleh di telan. Rasanya pun tak berapa kaw.. entah apa yang kurang saya pun tak pasti. Anak bujang kata makan je la bu.. nasib baik ada orang tolong masakkan. Iya lah nak.. ❤🤣

Order Char Kuey Teaw Special Dengan Grab Food

Order Char Kuey Teaw Special Dengan Grab Food

Dalam nasi goreng kampung ada sedikit sayur dan 2 ketul udang harimau. Terubat la jugak rasa kecewa di hati.. 

Natijahnya.. kalau korang kaki komplen masakan orang, lebih baik masak sendiri. Lebih jimat dan tak sakit hati.

Kalau kerjanya asyik nak tapau.. tutup mulut tu sikit dan bersyukurlah dengan rezeki yang ada. Tak gitu??

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close